Sulamilah Hariku
--Assalamualaikum--
* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') *



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: MisCikoPiko

SELAMAT HARI LAHIR ABAH!!
Saturday, 28 January 2012 | 17:16 | 0 comments
ASSALAMUALAIKUM...
hai, ... sudah lma x menjenguk kan? sem 2 nie bertambah++++++ assgmnt aku, bru 2 mnggu study pun dh dpt byk gilaa keja.huhu, penat cangat la!! btw, ari nie 29/01 merupakan my abah punya bufday!!!!!!!!!!!!!!!!! udah 54 la tahun nie ;) alhamdulillah..  cakap pasai abah nie, teringat masa kecik2 dulu... aku ngan abah nie terlebih mnja cikit dari dengan mama. biasa la kan, dpt adik lepas 4 thun kemudian.apa2 nak, semua abah ikut( tpi yg nie sblum mai adik2 la & zmn2 kecik dulu jer), mama garang cikit..tkut nk mintak, buat perangai cikit nti, x pasai2 dpt 'hadiah'..ahahaa ;)


one more thing yg sweetnya, abah aku nie muka ja nmpak garang. Klu kt taman aku, cakap jer anak Pak Harun, x dak sapa nak kaco nya. Muka ala-ala pak polis kan, sapa la nak berani..;) hehe, muka jer garang tpi hati abah lembut n sensitif giler taw.. kdg2, mama pun bole kalah. yang pling bestnya, bila time kena marah. haha, memang best gila. bole mx mcm2 wktu tu.nak apa? semua abah kata, bole!!!!!! abah aku nie lembut sikit bila time dia marah, anak2 dia menangis. x smpai 5 mnit nti, konfem abah g pujok. time nie la, kdg2 aku mnx bear fv.. klu mama, ..nangis la.., smpai pg sok mama x pujok, huhuhuhuhu...



satu g, abah aku nie pantang tgok anak dia sakit. risaunya tu lebih lagi dri tuan badan yang sakit.cntohnya, bila aku demam. kdg2 abah aku nie mengalahkan doktor pulak. List ubat2nya lagi panjang dri ubat doc.telan jgn x telan, plus dgn nasihat special dri abah pulak kan, kaw gila!! satu hari terus baik..
apa pun, my 'ABAH' is the best dad~.~ biarpun k.cik dok jauh dkt sini ( hehe, mcm dok oversea je kan ), x leh nak jumpa time special nie, dan hanya satu ja hadiah yg k.cik rasa sepadan dgn apa yg abah korbankan slma nie. taraaaa~~~~saya sayang abah saya~~~~aku hrp aku akn menjadi seorg anak yg terbaik dan solehah buat kedua mama ngn abah aku, aminnnn...i luv my mama abah forever n ever!!!!!!!!!!!!!




 coretanku,

CIKOPIKO


Cikguku sepupuku rupanya!!
Saturday, 14 January 2012 | 23:51 | 1 comments
Assalamualaikum....


apa kabo semoo? ari nie aku dh ada kt bangi,terperap kt hostel tersygku nie~ Kolej Idris Al Marbawi ~ hari khamis tu dah kna antar ngan mama abah, sungguh bosan tpi x smpai sehari aku ngan housemate semoo g jalan2 pusing kl dah. Smpai jugak aku kt time square tuu, rmai gila kot ( ari sabtu kan..semoo orang nk kluaq) pusing sana sini, dpt la jugak blouse + kasut comeii aku. hehe......
btw, aku bukan nk cita pasai tu.. tdi dok usya fb yg x dak pa2 nie, tertengok la gmbar kt ats tuu, tpi yg psti bukan aku yaa. ;) ni gmbr sepupu prmpuanku kawin. lma dh depa kawin, dh nak dekat setahun kut.. lepaz aku habih matrik, depa pun kawin. speacialnya, pasai suaminya. namanya EN. HASRUL yang merangkap sebagai sepupu baru aku + merupakan bekas guru aku kt matrix. Jomm imbas masa kt mtrix ~~~~~
Dulu, di zaman umur belasan ( skrg dh puluh, huhu ;( ) cg. hasrul nie ajar kawad utk kelas koko aku masa sem 1 dulu. dan masa nie 100% aku x taw lagi yg dia ni bakal jadi sepupu aku. Ramai kot kawan2 aku minat kt cg nie lepas satu kes tu. kes pa? haha, hanya kelas aku ja tawu. Aku nie nk dikatakan org yg jenis rapat ngan cgu, x la sangat. tpi, klu ada pa2 information ja, mesti cg. nie suh aku tlong infomkan kt yg lain. pa lagi, kawan2 aku mmg jeoluz la, asyik2 aku ja yg di callnya.. pelik...pelik..... tolong guru ja. tpi dlm hati nie, bezt jugak! hehe.. lepaz cuti sem 1 tu, bru la aku tahu yang cg. hasrul ngan sepupuku kak amnah tu nak kawin bila aku habeh matrik. pa lagi, mmg terkejot sungguh2 la. ptot la cgu ni suka tanya kampung aku kt mana? rupa-rupanya bakal jadi sepupu aku ker...selamat aku x wat loyaq burok g, klu x la, mmg x taw mana nak sorok mana muka nie.

cmna pun, semoga berbahagia CIKGU HASRUL & KAK AMNAH.. hope berkekalan hingga anak cucu.;)


Read more »

' KITA HANYA DI SEBERANG JALAN'
Tuesday, 10 January 2012 | 16:18 | 0 comments
                                                                  ASSALAMUALAIKUM..

my last entry sbelum diri nie akan diserabutkan dengan sem 2 punya life sok. Soo, kali nie sy nak share pasai 'KITA HANYA DI SEBERANG JALAN'. I luv this novel soo much, tpi kisahnya bukan pasai novel nie..pinjam tjuk jerr ;)


' KITA HANYA DI SEBERANG JALAN'

First skali, jom tanya diri kita? - apa anda faham tntg cinta?

kata EN. GOOGLE,


yang nie sy tak setuju... tpi 100% sy setuju klu yang halal

maybe yg nie,


50 % sy suka !!

luv it ,



100% sy suka.. kedit pd blog DR.CINTA. i luv this words soo much.

next, camner ngan statement nie?



nie ayat yg sy copy n paste dri nobel kak sy, ( tjok novel dh lupak lak). bukan dari mn2 mamat jiwang karat yg sent yerr ! so, lepaz bersusah payah menganalisis ayt nie bersm2 org2 yg sudi meluangkan masa..rezultnya = 30 % setuju ja .

1. cinta tak pernah jauh, sentiasa ada di hadapan diri
- cinta ALLAH sentiasa bersama kita, x kira susah ka senang, ALLAH sntiasa ada bersama ;)

2. singkaplah hijabmu, pasti menemuinya.
-  ni x pa klu anda sudah bersedia..salurkan ke arah yg halal yer,

3. bila cinta seseorang menghampiriku, maka cintaku akan dekat dengannya. bila cinta jauh dariku, maka cintaku akan jauh darinya.
- tak da penglman nk describe tpi ada jawapn sy suka
- cinta manusia hanya sementara, cinta ALLAH kekal abadi
- kita rancang, ALLAH tentukan .. doa, usaha, tawakal, redha...



siapa kata jatuh cinta itu haram ? angkat tgn ! konfem x dak kan. Seperti kita tawu, Cinta itu satu fitrah dan suci. Hanya kita yg bertanggungjwb nak jaga kesuciannya @ nak jadi insan yg menyumbang ke arah yang mengotorinya. jadi, mana kita nak pilih? renung2kan..... klu tgok la, ramai ja kwan2 kita couple kan? klu couple sekali ja lepas tu dh konfem bersama smpai akhir, x pa la.. tpi klu yg jenis couple, putus, couple.? some from jenis nie kata dah tak da jodoh ngan dya, tpi klu couple 20 kali pun asyik kata x jumpa jodoh>> camna? x ker naya ja?? sedih sangat, begitu mudah sekali.. apa pun marilah kita bersama2 doa diri kita dari menjadi insan sebegini. Biarpun lambat kita menunggu, tpi selamat dunia akhirat. Mungkin kita tak tahu siapa, bila dan di mana?  tpi yg pasti ALLAH tlah sediakan ' something' yg terbaik buat insan yang selalu bersabar . maybe, orang tu duk sebelah ngan kita ja, kita x taw..haha, ( try la usha2)  My ONLY ONE love is only for ALLAH. ;)



 coretanku,

CIKOPIKO

ahlan wasahlan 2012!!
Sunday, 1 January 2012 | 20:51 | 0 comments
ASSALAMUALAIKUM…


tahun baru? apa yang nak buat yerr? atau sedang kalut gi ‘SALE’  yang bagi potongan giler waktu ini?

  Untung memang untung dapat beli barang dengan harga murah tapi rugilah niat di hati jika tunggu sale sahaja untuk tahun baru nie. Selitlah sekali dengan niat dan azam baru taw!
Bagi saya, tahun baru adalah tahun untuk saya ‘UPDATE’kan segala kekurangan yang ada di dalam diri saya. Badan kita ni pun macam komponen computer juga. Kadang-kadang komponen itu terkena virus-virus yang tak diundang atau yang terundang dengan sendirinya. Jadi kita kena la update ANTIVIRUS yang lagi kuat untuk tahun baru nie. Dan bagi perkara-perkara yang kita lakukan tahun-tahun lepas, ambillah sebagai pengajaran dan jadikan sebagai penanda ukur bila kita hendak lakukan sesuatu kelak. ‘Jom DELETE dosa. UPLOAD pahala. DOWNLOAD kesabaran. UPGRADE keimanan. BROWSING kebaikan. UPDATE amalan. SHUTDOWN permusuhan. RESTART persaudaraan. Selalu ONLINEkan hati kita di jln menuju kebaikan. Awas !! antiVIRUS syaitan supaya SOFTWARE hati dan jiwa kita menjadi tenang dan FREE kemaksiatan’ :)
Amatlah rugi buat kita semua menjelang tahun baru, 2012 jika tiada satu apa pun kata-kata azimat kepada diri sendiri untuk kita berubah. Biarpun diri kita telah melakukan banyak perkara yang melalaikan dulu, berilah peluang untuk diri kita melangkah ke hadapan dalam melakukan suatu perubahan. Yang BURUK ubah jadi CANTIK, yang negatif jadikan positif.  Cintailah diri kita, take care dengan hati, sayang pada kita, begitu juga jiwa kita. Ibarat seperti menanam bunga, begitulah diri kita. Semakin dibaja dan disirami dengan kasih sayang kita pada – NYA, semakin mekar dan cantik jiwa dan akhlak terbentuk.
Apa yang kita sudah lakukan? jom sama-sama kita ‘SCAN’ amalan kita. Saya hanyalah insan dan hamba yang lemah, terlalu banyak perkara yang melalaikan yang saya lakukan. Saya mengaku, iman saya hanyalah senipis kulit bawang sahaja. saya lemah. saya lupa. Tapi, saya cuba! Cuba untuk bangun. Cuba menahan diri. Cuba jaga hati.Walaupun godaan syaitan itu  kadang-kala menyebabkan saya alpa, tewas dan jatuh. Saya bangkit! Itulah saya dahulu. Anda? Bila lagi? jom kita katakan sayonara jahiliah, welcome to our new ‘azam’..


Masih banyak lagi perkara-perkara dan pengalaman baru yang menanti. Bersediakah dan kuatkah diri kita? Tepuk dada,Tanya iman. Anda tentunya tahu jawapan yang menanti kan. Hanya kita yang dapat mengubah diri kita..katakanlah SAYA MAMPU!!!!!!!!! ( jangan kita berazam jer, bertindak jangan lupa pulak yerr , biar lambat asalkan kita buat..)

♫♫♫♫♫♫♫♫
Prinsip ABC
Ambil yang baik
Buang yang buruk
Ciptakan yang baru
♫♫♫♫♫♫♫♫
coretanku,
CIKOPIKO