Sulamilah Hariku
--Assalamualaikum--
* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') *



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: MisCikoPiko

~ SekUdus doa buatMU~
Monday, 17 October 2011 | 08:09 | 2 comments

Walaupun aku x dpt nak ikut hantar, jdi aku hanya mampu iringkan sekudus doa yg x seberapa ini buat MAMA & ABAH..kakcik bersyukur sgt2 sbb impian mama abah nk jejakkan kaki ke sana tercapai jugak.
"Ya ALLAH, KAU lindungilah perjalanan mereka pulang dan kembali dengan selamat sejahtera.."
aminnn...

~ take care!!, luv mama abah sooo much~
dari
.............anakmu yg terharu kerinduan mlm ini.............


' FUTURE '
Sunday, 16 October 2011 | 08:29 | 2 comments

ASSALAMUALAIKUM

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

~that all one women need in their future ' husband'..~
tpi penting jga ada 'money' but IMAN no. 1 in my list..
..maybe susah nk cari tp harap ada lah tersimpan satu..


THE FIRST STEP!
Friday, 14 October 2011 | 18:24 | 0 comments
assalamualaikum....


Alhamdulillah, my 1st target msa nk msok UniKL nii dh tercapai. Bila kita dok berjauhan dengan keluarga, mmg banyak BAHAYA nya kan. Jadi, the 1st step ialah dengan mendekatkan diri kita nie ke jalan yg sentiasa memperingati kita setiap waktu dan masa. Manusia diciptakan Allah Swt. yang berasal dari saripati tanah, lalu menjadi nutfah, alaqah, dan mudgah sehingga akhirnya menjadi makhluk yang paling sempurna yang memiliki berbagai kemampuan. Namun, manusia mudah lupakan? mmg aku akui, aku juga kadangkala terjerumus juga.Jadi sebelum kita nie jatuh terjerumus dan masuk pula gaung yg dalam tu, marilah kita sama2
bangun dan memperbaiki diri kita serta melengkapkan segala yang mampu kerana HIDUP INI SINGKAT..


KAK JANNAH- my luvly Usrah Leader....

' Ya ALLAH, maafkanlah diriku ini kerana sentiasa lemah apabila diuji dengan secubit dugaan yang diberi.Ya Allah, ampunkanlah segala dosa ku yang baru melangkah mencari sinar iman ini Ya ALLAH. Jangan Kau palingkan hati kami setelah Kau berikan petunjuk kepada kami Ya ALLAH.Terima kasih Ya ALLAH kerana masih memberikan waktu dan menyayangi diri ini walaupun diri ini kadangkala lalai dalam mengingatiMu. Ku bersyukur padaMu Ya ALLAH kerana diletakkan bersama insan-insan yang sentiasa mencari keredhaanMu yang boleh membimbingku ke jalanMu.Kerana sesungguhnya JalanMu adalah Jalan yang terbaik untuk menuju ke tempat yang kekal abadi..Aminn....'

chaiYokk!!
Tuesday, 11 October 2011 | 09:22 | 2 comments
"   kadangkala luka itu merupakan tempat di mana kita berhadapan dengan kehidupan buat pertama kali, di mana kita mula mengenali kuasanya dan selok-beloknya. Apabila terluka, kita mungkin menemui kebijaksanaan yang akan membolehkan kita hidup dengan lebih baik berbanding mana-mana pengetahuan dan mengimbas gambaran diri dan kehidupan yang nyata mahupun yang tidak terduga  "
  
  Hidup selagi hidup. Jangan hidup sebagai bangkai bernyawa yang hilang semangat dan upaya. Kata bijak pandai, " Jika tidak ada apa yang boleh mengembirakanmu, jika tidak ada apa yang boleh menyedihkanmu dan jika tidak ada apa lagi yang ingin kau perjuangkan dalam hidup..itu petandanya kau sudah mati. Zahirnya sahaja kau masih bernyawa..tetapi hakikatnya kau adalah 'mayat' dalam keranda maya.."

Jadilah bersyukurlah pada ILAHI kerana kita masih dikurniakan untuk bergelak ketawa, menangis, dan masih mampu untuk mengharap petunjukMU!!!


MA FI QALBI GHAIRULLAH


Read more »