Sulamilah Hariku
--Assalamualaikum--
* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') *



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: MisCikoPiko

chaiYokk!!
Tuesday 11 October 2011 | 09:22 | 2 comments
"   kadangkala luka itu merupakan tempat di mana kita berhadapan dengan kehidupan buat pertama kali, di mana kita mula mengenali kuasanya dan selok-beloknya. Apabila terluka, kita mungkin menemui kebijaksanaan yang akan membolehkan kita hidup dengan lebih baik berbanding mana-mana pengetahuan dan mengimbas gambaran diri dan kehidupan yang nyata mahupun yang tidak terduga  "
  
  Hidup selagi hidup. Jangan hidup sebagai bangkai bernyawa yang hilang semangat dan upaya. Kata bijak pandai, " Jika tidak ada apa yang boleh mengembirakanmu, jika tidak ada apa yang boleh menyedihkanmu dan jika tidak ada apa lagi yang ingin kau perjuangkan dalam hidup..itu petandanya kau sudah mati. Zahirnya sahaja kau masih bernyawa..tetapi hakikatnya kau adalah 'mayat' dalam keranda maya.."

Jadilah bersyukurlah pada ILAHI kerana kita masih dikurniakan untuk bergelak ketawa, menangis, dan masih mampu untuk mengharap petunjukMU!!!


MA FI QALBI GHAIRULLAH