Sulamilah Hariku
--Assalamualaikum--
* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') *



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: MisCikoPiko

Last ONE...!
Friday, 28 February 2014 | 02:54 | 0 comments
28 feb '14:6.33 pm

Jawapan yg telah lama ku menunggu.. akhirnya terjawap jua. Trima kasih Ya ALLAH yg sentiasa mendengar doaku, kerna aku yakin atas apa yg Engkau aturkan buat diri ini...

Mengapa mudahnya hati ini bersedih, walaupun aku tahu Dia mahukan aku menjadi seorang yg kuat,redha. Mengapa lemahnya hati ini, aku tahu di mana mahu mencari kekuatannya,doa. Mengapa pedihnya hati ini, aku tahu di mana ubatnya, Al Quran.

Setiap yg kita impikan, mungkin tidak mampu kita miliki.Betapa sakitnya apa yg terasa skrg, biarlah hilang dibasahi dengan tangisan ampun kepada-Nya. 

Maafkanlah diri ini... 

Hati ini masih rapuh, air mata ini masih mudah utk megalir. Biarpun bukan di mata, namun di hati ini terasa lemahnya...Apa yg Engkau aturkan, buat diri ini terasa istimewa =). 

Biarkan saja hatiku bicara sendirian. melihat segunung dosaku,
malu ingin mengadap pemilik nyawaku. ='(

sedih. 


-----------------------------------------------------------
the end of feb 2014.

the end.



hilangkan air matamu, kembalikan senyumanmu... 

be YOURSELF!!



Bergemanya takbir.....
Tuesday, 15 October 2013 | 10:40 | 0 comments

"Status jarang ku update,

apatah lagi,

menulis cerita. 

Tatkala ilham menjelma tiba,

tanganku pantas mencari sang cinta."

................................................

Bergemanya takbir, Allahu Akbar..Allahu Akbar membuatkan jiwa ini bergetar. Entah kenapa. Tahun ini terasa kelainan. Terasa air mata bergelingan di sisi penjuru mataku. Aku terasa sebak mendengar laungan pujian pada Sang Pencinta.

Orang sekelilingku sibuk menganyam ketupat. Ada yang sibuk mengacau rendang, ada juga sibuk mengayang cerita. MasyaALLAH, apa nak jadi. Adik kakakku sibuk mencuba baju baru. Aku? 

" Na, raya ni mau tak mak buatkan baju?"

"Eh, tak perlulah ma. ni raya haji ja, baju raya haritu tu pun baru gi."

Aku menolak permintaan mama. Terdetik dalam hati, " Membazir itu kan amalan syaitan". Aku tidak boleh membazir!

Fikiranku melayang. Palestin. Satu tempat yang sungguh dekat dengan hati umat Islam. Sepatutnya. Sebelum ku pulang bercuti raya ke kampung, ada satu sesi ceramah yang sempat ku hadirkan diri. Satu ceramah yang simple tapi sangat menyentuh hati.

 " Palestin, caknakah kita?" 

Baru membaca tajuk ceramah pun, hati ni dah sentap! Cakna kah aku tentang Palestin? Setakat mana aku mengambil berat mengenai umat Islam di sana? Bertubi-tubi soklan datang menusuk. Sejujurnya, sungguh aku malu. Kita enjoy sana sini, nak ke mana-mana tanpa ada halangan. Hendak yang itu, mudah kita dapatkan. Hendakkan yang ini pula, minta sahaja. Pasti dapat. 

Ya Allah! Terlalu mewah yang aku ada sekarang, tanpa ku peka saudara Islamku di sana sedang berjuang tidak kira siang malam di bumi Palestin. Langit yang sentiasa dibanjiri dengan butir-butir peluru, sedangkan kita di sini sedang menikmati letupan-letupan mercun yang berwarna-warni. Ya Allah!!

Pengorbanan.

Satu definisi yang tepat bertemakan Aidiladha. Ramai yang faham, raya haji berkaitan dengan korban. Ya, itu betul. Korbankan lembu, kambing ataupun unta. Namun, jarang yang memahami simbolik di sebalik sambutan Hari Raya Aidiladha.

Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya sendiri, Nabi Ismail yang mempamerkan ketaatan sebagai seorang hamba untuk menegakkan agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anaknya sendiri. 

Pengorbanan itu bukanlah perkara yang mudah untuk setiap dari kita melakukannya. Pengorbanan tidak perlu perkara yang besar-besar sahaja, namun kita boleh mulakan dari suatu hal yang kecil.

 Mulakan dengan diri sendiri. Sebagai seorang anak. Bantulah ibubapamu walaupun sesibuk mana hari kita ketika itu. Jangan sesekali mengeluh, menengking mereka di saat mereka meminta pertolongan. Sebagai seorang pelajar, kita sanggup mengadaikan masa, wang dan tenaga untuk menimba ilmu.

Inilah pergorbanan.

Kemudian, lihatlah di sekelilingmu. Apa yang kita sudah lakukan untuk mereka yang memerlukan pertolongan? Sekadar melihat dan berlalu pergi ataupun kita melihat dan menghulurkan bantuan??? Dan..... apa yang sudah kita lakukan untuk saudara kita di sana?? Kerana di saat kita mati, inilah antara soalan yang bakal ditanya.

Tanya sama diri sendiri, anda tahu jawapannya. Aku tahu aku di mana.

--------------------------------------------------- 

Aku perlu berubah!



{ peringatan untuk diri sndiri T_T}

sedih.









Pusaran or Putaran..
Tuesday, 27 August 2013 | 06:51 | 0 comments


--Pusaran/Putaran Hidup--

"Temanku memberitahu,

Hidup ini tidak lengkap tanpa pelengkap rasa.

Tanpa gula, tanpa garam.

Hidup ini terasa hambar.

Aku terfikir,

Letak saja ajinamoto, penyedap segala rasa..

namun,

Teman itu seakan tahu sahaja jawapanku.

Buat apa mencari nahas, ajinamoto..

Raja segala penyakit..

Ada masanya kita berada di puncak,

Ada masanya kita tergelincir dari pusaran,

Buat apa hendak sedihkan diri sendiri,

itukan lumrah.. "

Perumpaan hidup yang terungkap sambil tangan menggaul sotong telur masinku, resepi tiruan from sabah bha..

pusaran or putaran, sama ja..hewhew..

Enjoy the moment you had, stay calm, stay smiling.. for every single of your sadness will be pay anytime u want. Because you're the one having the remote control for your life, not them!..


# mampumelihattidakmampumenegur.


Tart telur =)
Sunday, 28 July 2013 | 00:42 | 2 comments

Assalamualaikum

olla..olla..

Raya's coming....! Musim jahit baju dah pun berlalu. Iyok, penat gila. Tapi, d'best part, aku dah boley buat sepasang baju kurung. hooyea, thank mom! Alhamdulillah. Apa-apa ilmu baru yang kita dapat, simpan elok-elok ya.Mana la taw, boleh guna utk masa depan. betui tak? ^^ Angguk....angguk....jangan geleng....

Okie.

Kueh tyme~

Disebabkan cari kueh ni tak dapat-dapat di bazar, nekad dalam hati. Aku mesti buat! Kempunan giler dalam perut....my fv tu. Finally, terjumpak resepi kat sini. Pa lagi, salin dan teruz buat... 


( sila tekan title ni if nak detail lagi)..


abaikan yg blakang tu...hahha. first try, terhanget lak =_+)

Bahan-bahannya;

Tart shell/crust:

- 170 gm butter or marjerin
- 50 gm gula aising
- 1 biji telur gred C
- 290 gm tepung gandum
- 1 sudu kecil esen vanilla
- acuan tart.

dah ready? Jomm.

1. Pukul butter dengan gula aising menggunakan spatula ataupun senduk kayu. Gaul sebati tapi jangan terlalu lama.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau sebati.
3. Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh.

* nak dapatkan doh yang lembut, letakkan dalam peti ais utk semalaman. insyaALLAH, memang jadik!

4. Lepas tu, ambil doh tu. Cubit sedikit, dan letak ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu pada base tart sebelum dibakar. 
5. Bakar pada suhu, 170c untuk 20 minit ataupun hingga masak.


pinjam gambar jap kak ita~


Lepas masak, biarkan sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara dulu before filling tart telur.


* lepas wat kluar dri oven tu, cepat keluarkan shell tu dari acuan tart. Sbb, senang nak kluarkan. 

Tart telur/ filling:

- 1 tin susu cair F&N
- 1 cawan air suam
- 3/4 gula kasar
- 4 biji telur gred A
-1 sudu esen vanilla
-Sedikit pewarna kuning

1. Kacau gula dengan air suam. Kacau hingga larut. Biarkan ia sejuk.
2. Campurkan pula dengan susu cair, telur dan esen vanilla.
3. Last sekali, campur sedikit pewarna kuning. Kacau sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam shell tart yang telah dibuat terlebih dahulu. 
5. Bakar semula pada suhu 180C untuk 20 minit.



Tapi, filling telur ni terlebih banyak. So, boleh simpan yang lebih tu, n buat lagi doh baru. Boleh makan banyak lagi ^^. 



selamat mnjamu selera~








Oh Ramadhan!
Wednesday, 10 July 2013 | 02:51 | 0 comments

Assalamualaikum...


"You lift me up high
You spread my wings
And fly me to the sky
I feel so alive
It's like my soul thrives in your light
But how I wish you'd be
Here with me all year around

Chorus:
Ramadan Ramadan,
Ramadanu ya habib
(Ramadan, Ramadan,
Ramadan O beloved)
Ramadan Ramadan
Laytaka dawman qareeb
(Ramadan, Ramadan,
How I wish you were always near)

Love is everywhere
So much peace fills up the air
Ramadan month of the Quran
I feel it inside of me, strengthening my Iman
But how I wish you'd be
Here with me all year around

Chorus

I just love the way you make me feel
Every time you come around you breathe life into my soul
And I promise that
I'll try throughout the year
To keep your spirit alive
In my heart it never dies
Oh Ramadan! "

by: Maher Zain.


# in love with Maher Zain again. alwaz. 

Selamat Menyambut Ramadhan!

 jaga mata. jaga hati. jgan nakal-nakal yea!!



Inspiration
Sunday, 30 June 2013 | 01:26 | 2 comments

Assalamualaikum !

mood nak melukih sudah marii~

Selalunya aku guna gimp tyme nak lukis doodle. Tapi kali ni kita try guna cara tradisional pulak. Hand-style. Bila guna gimp, semua dh ada. Cuma perlukan kesabaran je tyme nak lakar guna tetikus tu. tu je la lecehnya.

Hand-style

Alatan yang diperlukan: 

1. Sharpie..


my new hobby ^^...kumpul Sharpie!!!!

org guna BBIM beli buku, aku pulak beli yang ni. guna duet sendiri, jangan harap le. sangat pandai membOroskan diri~ 

2. Pencil or Pen Dakwat Basah




3. Tangan sendiri.


Mesti ada dann perlu ada!!

nama pun hand style =.=

5. Idea!

disebabkan kita sedang menunggu kedatangan bulan Ramadhan terchenta. so,  doodle ni aku buat khas for Ramadhan pya edition~  

first try ^^. soory, doodle ke apa ntah. aku pun tak tawu. ni je idea yang ada. hrap menjadik la rupa doodlenya.




sekian. dalam hati nak tiru gaya Aisyah Shakirah. tapi nampak cam tak jadi je ni. huhhhu. 

inilah cara aku menghabeskan cutii yang panjang ni =) another 2 month?? errr. 


# lukih mana pun, mesti watak hero sama ja kan. tak taw la kenapa aku berkenan sgat kat hero si baju merah ngan rambut camtu.ada janggut ciput. aiyaa! konpius dengan taste sendiri.







Buku Catatan Baru
Sunday, 23 June 2013 | 08:45 | 3 comments

Assalamualaikummm =)

Sya'aban...sya'aban..



Buku baru.

"Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Buku catatan terangkat,

Segala amalan terbuka, tercatit segalanya.

Bangunnya hamba,

keampunan dipinta,

di dalam sujudku, 

pada Yang Maha Pengampun.

Perkara lepas, biarkan berlalu.

Usah dikenang, namun diambil pengajaran.

Apa yang kurang, kita pertingkatkan,

Apa yang belum terisi, menabunglah segera.

Agar sempat dibawa bekalan,

buat perjalanan yang setia menunggu,

di penghujung nafas terakhir.

ku berdoa. ku memohon.

Bermulanya segalanya di muka buku baru."

by; Mis Ciko.


Malam 'Nisfu Syaaban' adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

Alhamdulillah. Meriah masjid kampung aku. Berduyun-duyun datang memeriahkan suasana. InsyaALLAH, semoga kita semua sama-samalah mempertingkatkan segala apa yang kurang. Apa yang amalan sunat yang mungkin diri terasa malas tu, rajin-rajinkan. Rugi nanti. Segala masalah yang berlaku sekrang, mungkin ada hikmahnya. Harap2 masalah jerebu ni berkurangan. Sentiasa doakan. Aminn.  



# Dah terasa kehangatan. Ramadhan semakin dekat. Baju kurung sudah berlori berlonggok. Walaupun sekadar pembantu jahit, stress tu terasa jugak la bahangnya. huhu...muntah hijau aku tgok baju. Esok nak kna start jahit sudaa.