* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') * Skin by Ayien Cute favicon byBabydoll Blog owner: MisCikoPiko
| Part time job
Friday, 21 June 2013 | 08:59 | 2 comments
Assalamualaikum
Dah masuk sebulan aku cuti. Another 2 months. Tanpa tsunami assignment yang sekali datang berlonggok dan no lab report make me feel so good. walaupun kekadang tu terasa rindu. Gelisah. Itulah rasanya bila dapat cuti panjang sangat tanpa kerja nak dibuat. Pagi, cuci rumah. Tengahri, masak. Malam, tidur. Tengah malam, bangun makan. lapar. =( ,boleh gemuk badan kalau 3 bulan berterusan.
Part time job.
Haritu aku ingat nak apply kerja dekat farmasi. Nak cari pengalaman. Nanti mudah sikit tyme praktikal. Tapi.... Dah full. No job. Pergi Econsave. No job. Sedih buat kali kedua. Pergi sungai, terjun ja la cik ciko. keciwa. Akhirnya, alhamdulillah. Rupanya rezeki kat laen tempat.
Mama : " Kakcik, m/cik Zai cuti kerja jahit dengan ma. Kakcik tolong mama, boleh? jangan risau, mama ajar."
Mulanya, memang hati ni berat nak balas ya. Tapi, my mum needs help. Sebab aku pernah cuba belajar jahit. Tpi, susah benar ilmu tu nak masuk. Minat tu tak mahu ke mari. Akhirnya, aku iyakan saja la. Kita cuba belajar sekali lagi. At least, cuba!
Daripada Abu Darda, bahawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda;
" Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat mengucupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan di dalam air. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar ( wang) mahupun dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu, maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagian yang paling banyak."
(Hadis sahih; diriwayatkan oleh Ahmad,Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah, dan Ibnu Hibban.)
Menuntut ilmu. Bukan sekadar di atas kepingan nota. Bukan sekadar butir bicara yang ditutur kata oleh seorang pensyarah di kelas. Kerana ilmu itu luas.
Abah cakap; " Waktu macam ni kak cik bole test skill. Nak tengok ada tak mewarisi bakat jahit macam mama. Kalau belajar teori ja, semua orang pun boleh. "
Okeh abah! Aku sahut cabaran. Cuba sampai boleh! Doakan aku =)
see and wait.
Bicara Si Sufi
Thursday, 13 June 2013 | 23:12 | 0 comments
Assalamualaikum,
salam Jumaat =)
...........................................
Seorang ahli Sufi bercerita tentang perjalanan jiwanya.
Dia berkata :
" Hatiku pernah gelisah memikirkan lima perkara sehingga aku sibuk mencari jawapannya.Ternyata aku mendapatkannya dalam lima perkara pula. "
iaitu:
Pertama : Aku mencari berkah dalam mengejar keperluan hidup lalu aku temui di saat aku melakukan solat Dhuha.
Kedua: Aku mencari penerang dalam alam kubur lalu aku menemunya di saat aku melakukan Solat Malam.
Ketiga: Aku mencari jawapan untuk pertanyaan Munkar dan Nakir lalu aku menemukannya tatkala aku membaca Al-Quran.
Keempat: Aku mencari alat pegangan di saat aku meniti Siratul Mustaqim lalu aku menemukannya saat aku berpuasa dan bersedekah.
Kelima : Aku mencari naungan Arasy dan aku temui di saat aku mengasingkan diriku dan beribadah kepada ALLAH s.w.t.
dan sekarang
" Hatiku beristirahat dengan tenang "
........................
kedit to Pakardiarihati/fb
# notahati: semoga hati kita sentiasa tenang walaupun apa pun yang mendatang biarpun hati ini gelisah mencari jawapan. insyaALLAH. cuba.
Part 3 : Outdoor shot!
Sunday, 9 June 2013 | 04:05 | 2 comments
the outdoor shooting..
by : Mohd Aznan Affendi Nayan'
the flower gurlz..
for you my sis..
designed originally from MisCiko. for those helping, tima kasih banyak!
alhamdulillah.
majlis selesai. akak pun dah kawen. aku harap mereka dua berbahagia hinggalah ke syurga. insyaALLAH.
" biarpun lama sudah diri menunggu, namun jikalau jodoh yang terikat di antara dua insan, termaktub di jalan takdir, termeterailah ikatan yang dijanjikan untuk kembali ke sang empunya rusuk. "
for my lovely kakloNg =)
by : MisCiko
# the time will come even though i never know who's him or when. i juz wanna being much better person for my only one having my heart " ALLAH". i put my only trust on HIM. insyaALLAH.
k.angah, next year. ur time. we waiting. the second family booming!
Part 2 : The Wedding.
| 03:41 | 0 comments
sambungan....
1 Jun 2013
the wedding's day. the buziest day! ponat walupun bukan aku yg pengantinnya.
spanjang tgok akak buat persiapan, macam-macam budget kena list. budget makan. budget pelamin. budget baju laa. budget hantaran. uihh. beribu tuu. panjang jugak la list. ni baru majlis, belum lagi hal rumah, hal kereta..
dengar semua budget yg akak citer kat aku tu,,, huuh, soram!
apa pun budgetnya.. besederhana itu adalah lebih baik kan ^^
let's begin!
before majlis.
oh my pipi...dh naek!
bila mama n abah naek kembali jadi pengantin
abah bilang:
" pengantin basi "
hahhhhhha. abah. memang.
keluarga Pak Harun..
my family booming!
the last one..
my sweettty cute frenz! thanx for coming!
peace yaww!
# terasa debaran bila duk atas pelamin tu.. hahha. over!
Part 1 : Tiada angin , jodoh ke mari.
| 02:36 | 0 comments
Assalamualaikum..
{Somewhere over the rainbow, skies are blue and the dreams that u dare to dream reality do come true..} alhamdulillah. waiting for that time! bila eikk? --------------------------------------------------------
Okeh! Sperti yang sudah dijanjikan, ada cerita baru.Entry kali nie,
bukan nak story citer aku tapi cerita tentang insan lain. Siapakah? mestilah.......kaklong saya. ^^
Alhamdulillah.
Kaklong dan "along" ditunangkan. malu-malu kucing gitu. Tak ke gitu, tak pernah kenal. Bak kata mama,
" Itulah jodoh. Tak berjemput,dia datang. Tak perlu nak cari, dia sendiri datang bergolek mai.Tapi doa tu jangan lupa! "
Yup mama, aku setuju 100%. Doa tu mesti! Meh aku kongsi. Bagaimana kaklong dan abang ipar kmi boleh tetiba bertunang. Kisahnya begini je, dua tahun lepas, mama ngan abah aku pergi menunaikan haji. Nak dibuatkan cerita bagaimana jodoh mereka bersambung, lepas beberapa bulan balik dari sana, mama dapat satu panggilan telefon. Termakbul doa mama aku. Rupanya ada orang tanya, akak sulung tu kosong ke belum. Kalau belum, nak datang singgah menjenguk. Lepas menjenguk tu, mama aku pun bagi la chance mereka berdua berkawan dulu. nak kenal hati budi lu..
Akak aku nie susah sikit. Bab berkawan ngan lain jenis nie, oke ja. Tapi klu nak dibuatkan special sikit, tu yang susah. Bukan jual mahal, tapi bab nie, dia pemalu sikit. ( hahha, kena kat diri sendiri..)Orang kata, kalau dah ada jodoh tu, tak ke mana juga. Cuma masa tu ja tentukan semuanya. Lepas kawan cikit-cikit, sebelah perempuan setuju, sebelah lelaki pun kata oke. Mereka pun bertunang. Akhirnya, he'is the one yang berjaya bukak hati kaklong aku. tahniah bro-in-law!
19 May 2013 Alhamdulillah. Akad nikahh tyme!
oke, disebabkan tgn ni dah malaz nk menaip...let's the picture tell the story yaa!
hantaran sebelah pihak lelaki..
the moments.
aku panggil majlis nie:
" Family Booming One"
hahha. maksudnya, tumbuh cawangan baru dlm family en. Harun. Satu family kaklong, n satu lagi family aku. Mission accomplish!! Tepat 12.30 p.m., termeterailah sudah lafaz " Aku terima nikahnya..." dengan hanya satu kali lafaz sahaja.
enjoy the moment!
En. Fakhari & Pn. Hafiza
no miss dah yer. aku jer masih bergelar miss ^^
" Cincin tersarung di jari manis, tersarung kemas buat seorang bernama isteri, semoga menjadi kenangan manis, buat selama-lamanya terselit di hati "
by: Mis Ciko.
Senyum sokmo !
Wednesday, 22 May 2013 | 06:17 | 2 comments
-- Assalamualaikum --
hari nie mulut terasa nak senyumm ja! ngeee~
kenapa? " ang gila ka??"
Pertama : saya dah habes exammm! hoorey~
tyme for blogging..yee..
----------------------------
Kedua : cuti panjang. sukeww! family tyme!
------------------------------
Ketiga : no report! no assignment nk antaq! no lecture!!
miss u ..tata..
-----------------------------
Keempat : saja rasa nak senyum. senyum itu kan satu sedekah.
boleh kann... ='O
-----------------------------
Kelima : jeng...jeng...jeng... ada satu cerita mau dikongsi.
next post..!
notahati: lupakan yang lalu, mulakan hari baru. biarpun sakit, telan ubat. lama-lama hilang sakit juga walaupun parutnya tetap ada. ^^!
Osmosis and me =(
Friday, 26 April 2013 | 16:48 | 1 comments
Assalamualaikum...
First 5 minutes : well ciko..you strong! you boleh punya! Look at me now, u can finish up this chapter for this nite! i could do this everyday!
.......
10 minutes later,
------
still study but not so sturdy.
30 minutes later,
" no...i couldn't. Oh my Allah, pleaze make strong enough to finish up this all chapter. did my watch freeze or something! i fell i've been studying for the last 4 hours! i need a break! +_+.....
klu la osmosis tu boleh guna kat otak aku, dah lama aku wat gini.
sadisnya,
it couldn't!
# mood: in study week. sleepy, please be invisible for a while..argghh....aku nak study!!! pelik tui, makin nak dekat ngan exam nie, makin khusyuk pula aku tido. apa nak jadi cik oii. wake up!!!!!!! n logging off until after exam. see u later, my dearest readers. tata...tutu...
fight! fight!
the war mood : ACTIVE!
Gwiyomi "Gif Goji" | Mr Bie
Thursday, 18 April 2013 | 08:22 | 0 comments
Assalamualaikumm^^
jom ngajiiii!
klu da pandai ngaji, itu lagi cumill ^^
Andainya kau tahu..
Wednesday, 17 April 2013 | 09:37 | 0 comments
Assalamualaikumm,
coretan buat ayahku tersayang..
-------------------------------------------------------------
" Kasihmu tak Terhingga"
Di saat kejauhan, kita sering merindui kasih seorang ibu. Namun, ayah bagaimana?
Andailah kau tahu.... Mungkin kerana sering kali ibu yang menelefon bertanya khabar diri setiap hari, tahukah kamu? "Ayahlah yang sentiasa mengingatkan ibumu untuk menelefonmu" Mungkin ketika kecil, ibulah yang sering mendengar ceritamu, namun tahukah kamu? " Ayahlah yang sering menanya khabarmu sekembalinya dari tempat bekerja" Andailah kau tahu.... Ketika kita menangis merengek meminta alat mainan baru, ayah tegas tidak membelikan. Bukan bermakna ayahmu tidak sayang namun tahukan kamu? " Kerana ayahmu tidak mahu kita menjadi manja dengan semua tuntutan yang senang dipenuhi" Andailah kau tahu.... Saat kita ditimpa sakit, ayahlah yang paling risaukan diri kita walaupan kita dimarahi kerana tidak mendengar nasihatnya. Tahukah kamu? "Kerana ayahmu terlalu risaukan dirimu!" Ketika kita menginjak dewasa, kita meminta izin keluar malam. Namun, ayah terus menghalang: Tidak boleh! Tahukah kamu? Bukan bermakna ayah mengongkong anaknya tapi kerana ayah terlalu sayangkan dirimu. Dirimu terlalu berharga buat dirinya.Dia perlu menjaga dirimu.Tapi, kita marahkan ayah! Andailah kau tahu... Setelah lulus SPM, ayahmu memaksa dirimu menjadi seorang doktor. Kerana dia risaukan masa depanmu! Namun, kamu menolak. Ayah tetap tersenyum dan menyokongmu. Di saat kita melangkah ke universiti, ayah tanpa rela terpaksa merelakan pemergianmu untuk menuntut ilmu biarpun dalam hatinya terasa sebak. Ibu memeluk erat dengan tangisan namun tidak pada ayah. Ayah menyeka air mata di sudut matanya agar tidak terlihat oleh dirimu, supaya kamu menjadi seorang yang tabah dan kuat seperti dirinya. " Kuat dan tabah menjadi seorang yang dewasa" Andailah kau tahu... Di saat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester, orang pertama yang dicari adalah si ayah. Tanpa bicara panjang, ayah terus berusaha mencari jalan. Di saat kamu berjaya, ayahlah insan pertama yang paling gembira di dunia. " Puteri kecilnya sudah tidak manja dan sudah dewasa hingga menjadi seseorang " Dan akhirnya, Di saat kamu berada di kerusi persandingan, ayah tersenyum bahagia. Namun, dalam hatinya menangis teresak-esak kerana puterinya bakal meninggalkan dirinya. Kemudian ayah berdoa: " Ya Allah, tugasku sudah selesai dengan baik. Puteri kecilku yang kusayang dan kucinta telah menjadi wanita solehah yang cantik. Bahagiakanlah dia dengan suaminya dan rahmatilah dirinya senantiasa Ya Allah" Biarpun kadangkala ramai orang meragui kemampuanmu, namun Ayah lah yang menjadi orang pertama yakin pada dirimu. Betapa kasihnya seorang ayah..
----------------------------------------------------------------
# Sayangilah ibu dan ayah kita sebagaimana kita meyayangi nyawa kita. Tanpa mereka, siapalah kita di dunia nie.. Aritu aku da projek community service kat Pusat Jagaan Nur Hasanah. Sesetengah penghuni di sana ada keluarga. Ada setengahnya tidak dituntut waris, dan ada yang ditinggalkan. Atas alasan mereka hanya memilih hendak menjaga si ibu. Sedarkah kita, ayah yang banyak berkorban sama seperti si ibu??? +_+.. nangis semalaman.... Andainya kau tahu, Abah n my Momma, i LOVE u a lot! The simplest thing " Sedekah "
Friday, 5 April 2013 | 20:16 | 7 comments
Assalamualaikum,
Alhamdulillah
for this bless mornink =)
Sedekah.
Sering kali kita terdengar;
" Orang yang kaya dan berharta sahaja boleh bersedekah. Sedangkan orang miskin tidak berpeluang untuk melakukan amal bersedekah ini "
It's totally wrong! Sedekah tidak dinilai dari segi pemberian kebendaan atau harta benda semata-mata.
Terdapat pelbagai jenis sedekah yang boleh kita jadikan amalan. Kadang itu tak pernah kita sangka, rupanya itu pun dah dikira sedekah. Allah itu Maha Penyayang, senang jer nak kasi pahala. Cuma kadang tu kita ja sombong tak mahu buat. Ruginya. Adush, terkena diri sendiri. ='(
So, take ur time. Meh kita baca jap. Kejap je ^^
1. Zikir
Perkara yang paling senang! Zikir.
Alhamdulillah ( tahmid), Subhanallah (tasbih), Allahuakbar (takbir), Lailahaillallah (tahlil), Astaghfirullah (istighfar).
2. Membaca Al-Quran
Setiap hari, jadikan ia sebahagian dari hidup kita. Rugi jikalau meninggalkan tanpa dibaca walaupun satu hari. it's full of miracle and knowledges!
3. Amar maaruf, nahi mungkar
Menyuruh perkara yang baik dan melarang perkara yang mungkar.
The most wonderful thing!
4. Mendamaikan perkelahian
Kalaulah ada sahabat kita yang sedang bergaduh, kita pun cuba nak leraikan mereka berdua, itu pun sudah dikira sedekah.
5. Membantu ketika ada yang memerlukan
Ada seorang makcik ni bawa banyak barang lepas keluar dari supermarket. Kita ternampak then kita pun tolong makcik itu angkat barang masuk dalam kereta. itu sedekah jugak.
Juz a simple thing but receive a lot of rewards from Allah ^^
6. Langkah kaki
Setiap langkahan kaki kita untuk solat, itu pun sudah dikira sedekah. Tambah-tambah pula kalau kaki kita sedang berjalan untuk tunaikan solat berjemaah kat masjid.
7. Membuang sesuatu yang menyusahkan
Kita naek kereta, then ternampak satu batu besar menghalang perjalanan. Kita pun turun buang batu tu jaoh-jaoh. Takut nanti orang lain tercedera pula. That's sedekah!!
8. Senyum
Inilah sedekah yang paling simple. Awak senyum. Saya senyum. Kita dapat pahala.
itu aja.
hinggakan Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
" Tiap-tiap kebaikan adalah sedekah "
Bahkan jikalau ada tanaman dan buahan kita dimakan binatang ataupun manusia hatta jika dicuri pun, janganlah kita marah. Kerana Allah telah beri peluang dekat kita supaya bersedekah la tuuu... ^^
simple je kan?
dan yang paling penting; niat kita.
Bersedekah itu kerana kita hendak meraih ganjaran dan redha Ilahi bukannya meraih ganjaran balasan dari manusia lain ye.
Jaga diri, jaga iman.
Allah sayang kamu. ^^
# doakan kita dalam redhaNYA senantiasa. InsyaALLAH. bye.
Tak berniat tapi kena buat.
| 07:49 | 0 comments
Assalamualaikum.
a rare path of life,
being born only to die.
it's destiny.
nothing can change it.
----------------------------------------------------
Apa perasaan anda tatkala maut menari-nari di depan mata kita?
hanya menunggu masa.
bengis, tiada belas kasihan.
namun, apakah daya.
itulah nasib si tikus esperimen.
satu suntikan, sepuluh mangsa.
with the big syringe waiting the prey to be injected.
it's you!
Cubaan kelima.Ekor berjaya dipegang..hoho. Dah lama tak pegang cik ti nie. Kira-kira dah masuk 2 tahun kut..menggigil-gigil tangan ni nak tangkap ekor dya. Cute but so aggresive!
Xylazine and ketamine. Drugs yg di'inject masuk dalam mice.
Pharmacology lab.
Sir cakap: pleaze make ur mice sleep a while, not forever ye.
last sekali, sir punya tikus yang mati. aduyai.
the cHosen one.
after be injected,
kaku dan keras. still breathing but in critical condition.
i'm so sorry ='(
it's destiny. seekor mati.
and
for my only mice,
keajaiban.
after be injected for a third time, still alive. Berlari-lari ke sana sini, dengan gagah dan berani. membuatkan hati ni keciwa.
Experiment FAILED.
naseb badan ko la cik Ti.
# still wondering, adakah si "Cik Ti Malaya" masih hidup ke tak? ermmmm.
killing. it's the one of way need in studying for a science subject. patot la orang ckp budak sains ni banyak boleh buat dosa free. errr.. niat study ye.
Juz cool like cool blog ..
Thursday, 4 April 2013 | 08:32 | 2 comments
Assalamualaikum ^^
--psychotic breaks--
being a psycho,
juz a bad thing.
but, when we start to psycho another person,
it's the best thing!
You be arrested!
sapa suh curi koci hah!
hohohooo!
Be my criminal forever n ever,
in jail of love.
hahahhahaha....
wanna play?
not with me.
passion is powerful.
no patient, nor enjoyment.
life is worthless.
let's the miracle crawling out slowly,
i'm waiting.
saboo je la.
yo..yo, chaiyok ciko!
coolblog lover, peace ^^!
# Moral : Jangan cari pasal dengan cik ciko, nti masuk jail sama tumtum >.<
salah orang tuu..
|