* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') * Skin by Ayien Cute favicon byBabydoll Blog owner: MisCikoPiko
| Bergemanya takbir.....
Tuesday, 15 October 2013 | 10:40 | 0 comments
"Status jarang ku update,
apatah lagi,
menulis cerita.
Tatkala ilham menjelma tiba,
tanganku pantas mencari sang cinta."
................................................
Bergemanya takbir, Allahu Akbar..Allahu Akbar membuatkan jiwa ini bergetar. Entah kenapa. Tahun ini terasa kelainan. Terasa air mata bergelingan di sisi penjuru mataku. Aku terasa sebak mendengar laungan pujian pada Sang Pencinta.
Orang sekelilingku sibuk menganyam ketupat. Ada yang sibuk mengacau rendang, ada juga sibuk mengayang cerita. MasyaALLAH, apa nak jadi. Adik kakakku sibuk mencuba baju baru. Aku?
" Na, raya ni mau tak mak buatkan baju?"
"Eh, tak perlulah ma. ni raya haji ja, baju raya haritu tu pun baru gi."
Aku menolak permintaan mama. Terdetik dalam hati, " Membazir itu kan amalan syaitan". Aku tidak boleh membazir!
Fikiranku melayang. Palestin. Satu tempat yang sungguh dekat dengan hati umat Islam. Sepatutnya. Sebelum ku pulang bercuti raya ke kampung, ada satu sesi ceramah yang sempat ku hadirkan diri. Satu ceramah yang simple tapi sangat menyentuh hati.
" Palestin, caknakah kita?"
Baru membaca tajuk ceramah pun, hati ni dah sentap! Cakna kah aku tentang Palestin? Setakat mana aku mengambil berat mengenai umat Islam di sana? Bertubi-tubi soklan datang menusuk. Sejujurnya, sungguh aku malu. Kita enjoy sana sini, nak ke mana-mana tanpa ada halangan. Hendak yang itu, mudah kita dapatkan. Hendakkan yang ini pula, minta sahaja. Pasti dapat.
Ya Allah! Terlalu mewah yang aku ada sekarang, tanpa ku peka saudara Islamku di sana sedang berjuang tidak kira siang malam di bumi Palestin. Langit yang sentiasa dibanjiri dengan butir-butir peluru, sedangkan kita di sini sedang menikmati letupan-letupan mercun yang berwarna-warni. Ya Allah!!
Pengorbanan.
Satu definisi yang tepat bertemakan Aidiladha. Ramai yang faham, raya haji berkaitan dengan korban. Ya, itu betul. Korbankan lembu, kambing ataupun unta. Namun, jarang yang memahami simbolik di sebalik sambutan Hari Raya Aidiladha.
Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya sendiri, Nabi Ismail yang mempamerkan ketaatan sebagai seorang hamba untuk menegakkan agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anaknya sendiri.
Pengorbanan itu bukanlah perkara yang mudah untuk setiap dari kita melakukannya. Pengorbanan tidak perlu perkara yang besar-besar sahaja, namun kita boleh mulakan dari suatu hal yang kecil.
Mulakan dengan diri sendiri. Sebagai seorang anak. Bantulah ibubapamu walaupun sesibuk mana hari kita ketika itu. Jangan sesekali mengeluh, menengking mereka di saat mereka meminta pertolongan. Sebagai seorang pelajar, kita sanggup mengadaikan masa, wang dan tenaga untuk menimba ilmu.
Inilah pergorbanan.
Kemudian, lihatlah di sekelilingmu. Apa yang kita sudah lakukan untuk mereka yang memerlukan pertolongan? Sekadar melihat dan berlalu pergi ataupun kita melihat dan menghulurkan bantuan??? Dan..... apa yang sudah kita lakukan untuk saudara kita di sana?? Kerana di saat kita mati, inilah antara soalan yang bakal ditanya.
Tanya sama diri sendiri, anda tahu jawapannya. Aku tahu aku di mana.
---------------------------------------------------
Aku perlu berubah!
{ peringatan untuk diri sndiri T_T}
sedih.
|