* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') * Skin by Ayien Cute favicon byBabydoll Blog owner: MisCikoPiko
| Tart telur =)
Sunday, 28 July 2013 | 00:42 | 2 comments
Assalamualaikum
olla..olla..
Raya's coming....! Musim jahit baju dah pun berlalu. Iyok, penat gila. Tapi, d'best part, aku dah boley buat sepasang baju kurung. hooyea, thank mom! Alhamdulillah. Apa-apa ilmu baru yang kita dapat, simpan elok-elok ya.Mana la taw, boleh guna utk masa depan. betui tak? ^^ Angguk....angguk....jangan geleng....
Okie.
Kueh tyme~
Disebabkan cari kueh ni tak dapat-dapat di bazar, nekad dalam hati. Aku mesti buat! Kempunan giler dalam perut....my fv tu. Finally, terjumpak resepi kat sini. Pa lagi, salin dan teruz buat...
( sila tekan title ni if nak detail lagi)..
abaikan yg blakang tu...hahha. first try, terhanget lak =_+)
Bahan-bahannya;
Tart shell/crust:
- 170 gm butter or marjerin
- 50 gm gula aising
- 1 biji telur gred C
- 290 gm tepung gandum
- 1 sudu kecil esen vanilla
- acuan tart.
dah ready? Jomm.
1. Pukul butter dengan gula aising menggunakan spatula ataupun senduk kayu. Gaul sebati tapi jangan terlalu lama.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau sebati.
3. Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh.
* nak dapatkan doh yang lembut, letakkan dalam peti ais utk semalaman. insyaALLAH, memang jadik!
4. Lepas tu, ambil doh tu. Cubit sedikit, dan letak ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu pada base tart sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu, 170c untuk 20 minit ataupun hingga masak.
pinjam gambar jap kak ita~
Lepas masak, biarkan sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara dulu before filling tart telur.
* lepas wat kluar dri oven tu, cepat keluarkan shell tu dari acuan tart. Sbb, senang nak kluarkan.
Tart telur/ filling:
- 1 tin susu cair F&N
- 1 cawan air suam
- 3/4 gula kasar
- 4 biji telur gred A
-1 sudu esen vanilla
-Sedikit pewarna kuning
1. Kacau gula dengan air suam. Kacau hingga larut. Biarkan ia sejuk.
2. Campurkan pula dengan susu cair, telur dan esen vanilla.
3. Last sekali, campur sedikit pewarna kuning. Kacau sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam shell tart yang telah dibuat terlebih dahulu.
5. Bakar semula pada suhu 180C untuk 20 minit.
Tapi, filling telur ni terlebih banyak. So, boleh simpan yang lebih tu, n buat lagi doh baru. Boleh makan banyak lagi ^^.
selamat mnjamu selera~
|