Sulamilah Hariku
--Assalamualaikum--
* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') *



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: MisCikoPiko

Part time job
Friday, 21 June 2013 | 08:59 | 2 comments

Assalamualaikum


Dah masuk sebulan aku cuti. Another 2 months. Tanpa tsunami assignment yang sekali datang berlonggok dan no lab report make me feel so good. walaupun kekadang tu terasa rindu. Gelisah. Itulah rasanya bila dapat cuti panjang sangat tanpa kerja nak dibuat. Pagi, cuci rumah. Tengahri, masak. Malam, tidur. Tengah malam, bangun makan. lapar. =( ,boleh gemuk badan kalau 3 bulan berterusan. 

Part time job.

Haritu aku ingat nak apply kerja dekat farmasi. Nak cari pengalaman. Nanti mudah sikit tyme praktikal. Tapi.... Dah full. No job. Pergi Econsave. No job. Sedih buat kali kedua. Pergi sungai, terjun ja la cik ciko. keciwa. Akhirnya, alhamdulillah. Rupanya rezeki kat laen tempat. 

Mama : " Kakcik, m/cik Zai cuti kerja jahit dengan ma. Kakcik tolong mama, boleh? jangan risau, mama ajar."

Mulanya, memang hati ni berat nak balas ya. Tapi, my mum needs help. Sebab aku pernah cuba belajar jahit. Tpi, susah benar ilmu tu nak masuk. Minat tu tak mahu ke mari. Akhirnya, aku iyakan saja la. Kita cuba belajar sekali lagi. At least, cuba! 

Daripada Abu Darda, bahawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda;

" Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat mengucupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan di dalam air. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar ( wang) mahupun dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu, maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagian yang paling banyak."

(Hadis sahih; diriwayatkan oleh Ahmad,Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah, dan Ibnu Hibban.)

Menuntut ilmu. Bukan sekadar di atas kepingan nota. Bukan sekadar butir bicara yang ditutur kata oleh seorang pensyarah di kelas. Kerana ilmu itu luas.   

Abah cakap; " Waktu macam ni kak cik bole test skill. Nak tengok ada tak mewarisi bakat jahit macam mama. Kalau belajar teori ja, semua orang pun boleh. "

Okeh abah! Aku sahut cabaran. Cuba sampai boleh! Doakan aku =)


see and wait.