* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') * Skin by Ayien Cute favicon byBabydoll Blog owner: MisCikoPiko
| Buku Catatan Baru
Sunday, 23 June 2013 | 08:45 | 3 comments
Assalamualaikummm =)
Sya'aban...sya'aban..
Buku baru.
"Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Buku catatan terangkat,
Segala amalan terbuka, tercatit segalanya.
Bangunnya hamba,
keampunan dipinta,
di dalam sujudku,
pada Yang Maha Pengampun.
Perkara lepas, biarkan berlalu.
Usah dikenang, namun diambil pengajaran.
Apa yang kurang, kita pertingkatkan,
Apa yang belum terisi, menabunglah segera.
Agar sempat dibawa bekalan,
buat perjalanan yang setia menunggu,
di penghujung nafas terakhir.
ku berdoa. ku memohon.
Bermulanya segalanya di muka buku baru."
by; Mis Ciko.
Malam 'Nisfu Syaaban' adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).
Alhamdulillah. Meriah masjid kampung aku. Berduyun-duyun datang memeriahkan suasana. InsyaALLAH, semoga kita semua sama-samalah mempertingkatkan segala apa yang kurang. Apa yang amalan sunat yang mungkin diri terasa malas tu, rajin-rajinkan. Rugi nanti. Segala masalah yang berlaku sekrang, mungkin ada hikmahnya. Harap2 masalah jerebu ni berkurangan. Sentiasa doakan. Aminn.
# Dah terasa kehangatan. Ramadhan semakin dekat. Baju kurung sudah berlori berlonggok. Walaupun sekadar pembantu jahit, stress tu terasa jugak la bahangnya. huhu...muntah hijau aku tgok baju. Esok nak kna start jahit sudaa.
|