Sulamilah Hariku
--Assalamualaikum--
* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') *



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: MisCikoPiko

The simplest thing " Sedekah "
Friday, 5 April 2013 | 20:16 | 7 comments

Assalamualaikum,

Alhamdulillah 

for this bless mornink =)


Sedekah.

Sering kali kita terdengar; 

" Orang yang kaya dan berharta sahaja boleh bersedekah. Sedangkan orang miskin tidak berpeluang untuk melakukan amal bersedekah ini "

It's totally wrong! Sedekah tidak dinilai dari segi pemberian kebendaan atau harta benda semata-mata.

Terdapat pelbagai jenis sedekah yang boleh kita jadikan amalan. Kadang itu tak pernah kita sangka, rupanya itu pun dah dikira sedekah. Allah itu Maha Penyayang, senang jer nak kasi pahala. Cuma kadang tu kita ja sombong tak mahu buat. Ruginya. Adush, terkena diri sendiri. ='(

So, take ur time. Meh kita baca jap. Kejap je ^^

1. Zikir

Perkara yang paling senang! Zikir. 

Alhamdulillah ( tahmid), Subhanallah (tasbih), Allahuakbar (takbir), Lailahaillallah (tahlil), Astaghfirullah (istighfar).

2. Membaca Al-Quran

Setiap hari, jadikan ia sebahagian dari hidup kita. Rugi jikalau meninggalkan tanpa dibaca walaupun satu hari. it's full of miracle and knowledges!

3. Amar maaruf, nahi mungkar

Menyuruh perkara yang baik dan melarang perkara yang mungkar.
The most wonderful thing! 

4. Mendamaikan perkelahian

Kalaulah ada sahabat kita yang sedang bergaduh, kita pun cuba nak leraikan mereka berdua, itu pun sudah dikira sedekah.

5. Membantu ketika ada yang memerlukan

Ada seorang makcik ni bawa banyak barang lepas keluar dari supermarket. Kita ternampak then kita pun tolong makcik itu angkat barang masuk dalam kereta. itu sedekah jugak.

Juz a simple thing but receive a lot of rewards from Allah ^^

6. Langkah kaki

Setiap langkahan kaki kita untuk solat, itu pun sudah dikira sedekah. Tambah-tambah pula kalau kaki kita sedang berjalan untuk tunaikan solat berjemaah kat masjid.

7. Membuang sesuatu yang menyusahkan

Kita naek kereta, then ternampak satu batu besar menghalang perjalanan. Kita pun turun buang batu tu jaoh-jaoh. Takut nanti orang lain tercedera pula. That's sedekah!!

8. Senyum

Inilah sedekah yang paling simple. Awak senyum. Saya senyum. Kita dapat pahala.

itu aja.

hinggakan Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

" Tiap-tiap kebaikan adalah sedekah "

Bahkan jikalau ada tanaman dan buahan kita dimakan binatang ataupun manusia hatta jika dicuri pun, janganlah kita marah. Kerana Allah telah beri peluang dekat kita supaya bersedekah la tuuu... ^^

simple je kan?

dan yang paling penting; niat kita.

Bersedekah itu kerana kita hendak meraih ganjaran dan redha Ilahi bukannya meraih ganjaran balasan dari manusia lain ye.


Jaga diri, jaga iman.

Allah sayang kamu. ^^


# doakan kita dalam redhaNYA senantiasa. InsyaALLAH. bye.