Sulamilah Hariku
--Assalamualaikum--
* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') *



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: MisCikoPiko

Andainya kau tahu..
Wednesday, 17 April 2013 | 09:37 | 0 comments

Assalamualaikumm,

coretan buat ayahku tersayang..

-------------------------------------------------------------

" Kasihmu tak Terhingga"


Di saat kejauhan, kita sering merindui kasih seorang ibu. Namun, ayah bagaimana?

Andailah kau tahu....

Mungkin kerana sering kali ibu yang menelefon bertanya khabar diri setiap hari, tahukah kamu?

"Ayahlah yang sentiasa mengingatkan ibumu untuk menelefonmu"

Mungkin ketika kecil, ibulah yang sering mendengar ceritamu, namun tahukah kamu?

" Ayahlah yang sering menanya khabarmu sekembalinya dari tempat bekerja"

Andailah kau tahu....

Ketika kita menangis merengek meminta alat mainan baru, ayah tegas tidak membelikan. Bukan bermakna ayahmu tidak sayang namun tahukan kamu?

" Kerana ayahmu tidak mahu kita menjadi manja dengan semua tuntutan yang senang dipenuhi"

Andailah kau tahu....

Saat kita ditimpa sakit, ayahlah yang paling risaukan diri kita walaupan kita dimarahi kerana tidak mendengar nasihatnya. Tahukah kamu?

"Kerana ayahmu terlalu risaukan dirimu!"

Ketika kita menginjak dewasa, kita meminta izin keluar malam. Namun, ayah terus menghalang: Tidak boleh! Tahukah kamu?

Bukan bermakna ayah mengongkong anaknya tapi kerana ayah terlalu sayangkan dirimu. Dirimu terlalu berharga buat dirinya.Dia perlu menjaga dirimu.Tapi, kita marahkan ayah!

Andailah kau tahu...

Setelah lulus SPM, ayahmu memaksa dirimu menjadi seorang doktor. Kerana dia risaukan masa depanmu! Namun, kamu menolak. Ayah tetap tersenyum dan menyokongmu.

Di saat kita melangkah ke universiti, ayah tanpa rela terpaksa merelakan pemergianmu untuk menuntut ilmu biarpun dalam hatinya terasa sebak. Ibu memeluk erat dengan tangisan namun tidak pada ayah. Ayah menyeka air mata di sudut matanya agar tidak terlihat oleh dirimu, supaya kamu menjadi seorang yang tabah dan kuat seperti dirinya.

" Kuat dan tabah menjadi seorang yang dewasa"

Andailah kau tahu...

Di saat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester, orang pertama yang dicari adalah si ayah. Tanpa bicara panjang, ayah terus berusaha mencari jalan.

Di saat kamu berjaya, ayahlah insan pertama yang paling gembira di dunia.

" Puteri kecilnya sudah tidak manja dan sudah dewasa hingga menjadi seseorang "

Dan akhirnya,

Di saat kamu berada di kerusi persandingan, ayah tersenyum bahagia.

Namun, dalam hatinya menangis teresak-esak kerana puterinya bakal meninggalkan dirinya. Kemudian ayah berdoa:

" Ya Allah, tugasku sudah selesai dengan baik. Puteri kecilku yang kusayang dan kucinta telah menjadi wanita solehah yang cantik. Bahagiakanlah dia dengan suaminya dan rahmatilah dirinya senantiasa Ya Allah"

Biarpun kadangkala ramai orang meragui kemampuanmu, namun Ayah lah yang menjadi orang pertama yakin pada dirimu.

Betapa kasihnya seorang ayah..



----------------------------------------------------------------

# Sayangilah ibu dan ayah kita sebagaimana kita meyayangi nyawa kita. Tanpa mereka, siapalah kita di dunia nie.. Aritu aku da projek community service kat Pusat Jagaan Nur Hasanah. Sesetengah penghuni di sana ada keluarga. Ada setengahnya tidak dituntut waris, dan ada yang ditinggalkan. Atas alasan mereka hanya memilih hendak menjaga si ibu. Sedarkah kita, ayah yang banyak berkorban sama seperti si ibu???

+_+.. nangis semalaman....

Andainya kau tahu,

Abah n my Momma, i LOVE u a lot!