Sulamilah Hariku
--Assalamualaikum--
* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') *



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: MisCikoPiko

Satu perkara sukar dilaksanakan!
Tuesday 12 March 2013 | 04:30 | 2 comments

Assalamualaikum..




 -------------------------------------------------------------

Kira-kira kan apa la perkara yang paling susah sangat kita nak buat?

yang alim sikit;

bila nak semayang awai waktu. ( betui gak)

aku geleng-geleng lagi...

yang high level sikit;

bila nak senyum tyme study pharmacology!

aihh, boleh pulak?

Ada kawan jawab;

bila nak kena tahan tyme nak kentut.

aku geleng kepala.... 

kawan-kawanku nak tahu tak??

Ada satu perkara yang sangat-sangat kita susah nak buat hinggakan diri sendiri pun tak tahu nak menilainya sendiri apatah lagi orang lain.

Perkara itu adalah;

I.K.H.L.A.S

Dalam konsep iman, ikhlas ialah kedudukan paling tinggi selepas Iman.Ikhlas adalah rahsia Tuhan sehinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Terdapat para sahabat yang apabila mendengar tentang ikhlas mereka akan menangis. Mereka berasa tidak selamat dan tidak mungkin dapat memperolehi ikhlas kerana begitu tingginya nilaian untuk mendapat sifat ikhlas. Dalam setiap perkara, diri ini selalu terfikir; 
''cemana la amalan aku, dah la ciput ja dibuatnya.''
Dalam Islam, dilarang sama sekali kita mengaku ikhlas dalam sesuatu perkara. Jikalau tidak, sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas maka secara automatik keikhlasannya terbatal - iluvislam.com
Kadangkala kita ni pun tak tersedar yang kita cakap macam ni pun boleh hilang keikhlasannya tapi apapun semua ni bergantung pada niat yang asal.
Contohnya;
Membantu seseorang sambil berkata,
"Ambillah, saya ikhlas."
Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak,
"Saya tolong awak ini ikhlas tetapi sedih kerana awak menolak."
Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan,
"Yang Ikhlas."
Tiada sesiapa yang berhak mengaku ikhlas. Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah. insyaALLAH.
Dan satu lagi, the dangerous part!
Dalam kita berbicara tentang keikhlasan nie, bila kita memberi,kadang tu boleh terbawa ke khususul nafs. Apa ya benda ni?
''Kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati.'' 
Ada tiga jenis kerosakan;

1. Kerosakan awal 

Contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata ;
"Inilah masanya nak jadi popular."
"Aku akan jadi terkenal."
2. Kerosakan pertengahan pula;
 Contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata ;
"Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."
3. Kerosakan akhir pula;
 Contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata ;
"Hebat betul ceramah tadi hingga ada yang menangis."
Waktu itu maka datanglah rasa riak hingga lupa semuanya itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. 
Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat. Dan ujian sebeginilah yang paling aku takut sangat. lebih baik dikutuk dari dipuji.

sekadar perkongsian =')


# Lebih baik diri kita nie dikutuk dari dipuji kan. tapi, maaflah jikalau diri ini selalu senang puji2, takut pula nak puji jikalau itu mengundang ke satu niat yang salah.Ada satu ketika itu, aku pernah pertikaikan tentang keikhlasan. Dan ada satu jawapan yang diberi; keikhlasan seumpama seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yg amat kelam,ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Maaf, kerana pernah bertanya satu perkara yang mana mungkin kita sebagai manusia untuk menilai tahap keikhlasan seseorang itu. so soory ='(

okeh, jom soolat!