Sulamilah Hariku
--Assalamualaikum--
* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') *



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: MisCikoPiko

Masa berdetik, kita tetap begini?
Friday 29 March 2013 | 09:00 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.


" Masa itu sentiasa berdetik, berlalu meninggalkan diri ini tanpa suatu erti. Kita tetap begini, bila hendak mula mengejar? "

Tepuk dada, tanya iman.

Jendela langit yang terbentang luas direnung sayu. Indahnya ciptaan Ilahi. Cahaya bulan yang menyirami malam itu sungguh terasa sayu di hati ini. Aku mendongak ke atas, cuba mengira betapa banyaknya bintang yang bertaburan. Tidak pernah jemu si bintang itu menemani sang bulan.
Entah bila lagi aku diberi kesempatan untuk melihat keindahan sebegini lagi. 

Angin lembut datang membuai diri yang merenung jauh ke sisi alam. Mencari suatu ketenangan. Entah kenapa, aku terasa sesuatu yang hilang. Sesuatu yang kucari menghilangkan diri tanpa diri ini sedari. Hati ini terasa kosong.

 28/3. Kawan sebilik menyampaikan tazkirah. Sebaik-baik tazkirah iaitu tazkirah Kematian. Mendengar setiap bait kata yang disampaikan, membuatkan hati ini tersentap.

" Cara mati kamu akan ditentukan dengan cara kamu hidup "

Sesungguhnya diri ini terlalu banyak khilaf yang dilakukan. Entah sempat ke tidak aku mahu meminta ampun pada yang Maha Esa. Aku memandang jauh ke langit. Merenung kembali setiap detik yang pernah ku lakukan selama ini. Hati ini terasa sebak. 

Terlalu banyak. Andai kata aku dijemput malam ini, entah bagaimana aku hendak menemui yang Maha Esa dengan diri hina sebegini.

Kita selalu berkata;

" Mati aku, hidup aku.. semuanya kerana ALLAH "

namun, 

kadangkala tingkah laku kita tidak selari dengan apa yang terucap.
Tatkala diuji, kita mengeluh. Adakah kita lupa? Itu dari Allah jua yang memberi ujian. Tatkala diberi nikmat, kita riak. Adakah kita lupa? 
Itu anugerah dari ALLAH. 

Perubahan.

 Kadang itu, aku jatuh tersungkur tatkala diuji.
Kadang itu, aku kuat.

Kata pada hati, awak kuat! awak boleh! Biar sedikit tapi istiqamah dengan apa yang dibuat. 

Pandangan manusia.

" Kita dinilai bukan dari pandangan mata manusia, namun pada pandangan yang Ilahi. "

" tengok budak tu, baik la sangat!!! padahal, dulu........"

Biarlah kita buruk depan mata orang lain, tapi janganlah di mata Allah. Lumrah alam. Perubahan itu pasti ada suatu keperitan. Biarlah apa orang kata, cakap pada hati. mungkin dia jeolus la tu.

Suatu perkataan;

D.U.L.U

Usah dipandang perkara dulu andai kata ia mengundurkan diri. Pandanglah ia sebagai satu peringatan yang dapat membuatkan kita mengorak suatu langkah yang gemilang.

Kita malu dengan masa lalu. Ya, kita memang patut malu! Itu sebab kita wajib berubah. Bukan menjadikannya ia sesuatu perkara biasa. 

Namun, 

Janganlah dipandang manusia itu dengan masa lalunya. Pandanglah dia dengan pandangan Dia di masa sekarang.

Awak! Jom!

Perubahan itu bukan datang bergolek sendiri, tidak menyapa jikalau diri sendiri yang tidak mula menyoal;

" Apalah yang aku lakukan selama ini?"

Jom la kita renung-renungkan.


{ Sekadar peringatan buat diri sendiri. Khilaf sendiri yang belum terkira banyaknya membuatkan hati ini sentap sendirian. Diri ini pun sedang belajar. Tegurlah jikalau ada yang silap. }