![]() ![]() ![]() * MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') * ![]() ![]() ![]() Skin by Ayien Cute favicon byBabydoll Blog owner: MisCikoPiko ![]()
| JOM! : Khasiat Solat Sunat Dhuha
Sunday, 17 March 2013 | 16:37 | 0 comments
Assalamualaikum,
Orang memberi, kita berterima kasih. Namun, sering dilupakan satu perkara. Kita jarang mengucapkan terima kasih pada yang Maha Satu dalam kurniaan segala nikmat yang kita gunakan yang lansung tiada bayaran.
Bukan sekadar mengucapkan Alhamdulillah,
Zahirkanlah ia di dalam perbuatan.
---------------------------------------------------------------------------
Solat Sunat Dhuha
Bilangan rakaat;
2-12 rakaat
Waktu;
12 minit setelah matahari terbit dan 10 minit sebelum Zuhur
''Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu
DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan
itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi,
keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh,
dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang
soleh''
Fadhilat Solat Dhuha;
Sebaik-baiknya solat Dhuha
ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan
fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah
rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
1) Daripada Abu Hurairah
r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa
Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya
olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
2) Rasulullah SAW bersabda:
''Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka
apabila tiba hari kiamat kelak,
berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan
solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat
Allah.''
(HR At-Tabrani)
3) Rasulullah SAW juga
bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,
“Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan
sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat
Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang
harinya.”
(HR. Haklim dan Tabrani).
4) ''Barangsiapa yang
melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10
kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia
mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.''
(HR. Anas B Malik).
5) ''Barangsiapa
yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh
Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.''
(HR Tirmizi)
# jom sama-sama kita amalkan ye! ^^
![]() |