![]() ![]() ![]() * MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') * ![]() ![]() ![]() Skin by Ayien Cute favicon byBabydoll Blog owner: MisCikoPiko ![]()
| Best ke jadi anak sulung,tengah atau bongsu?
Tuesday, 12 February 2013 | 22:50 | 4 comments
Assalamualaikum =')
Hai…hai… anak sulung, anak
tengah dan anak bongsu yang manje sekalian. okeh! mengapa tetiba entry sebegini yang muncul dari
kotak fikiran? Bukannya sebab aku tak puas hati jadi anak tengah or geram ngan
anak sulung or menyampah dengan anak bongsu. No..no… yang pasti , tiada unsur-unsur
ketidakpuasan hati di sini. Just sharing-sharing ^^
Bila menjadi anak sulung..
1. Bila nak mintak sesuatu
- Senang sangat nak dapat
sebab dialah anak pertama yang lahir dalam keluarga. Sebab itulah kepercayaan
yang diberi kadangkala melebihi dari adik-beradik yang lain.
2. Bila bergaduh dengan
adik
- Selalunya la kan. Masa
zaman kecil-kecil, tyme kita yang kadang-kadang hingus keluar pun tak reti nak
lap lagi tuu, akak yang kena mengalah. Tapi, tyme dah besar-besar, adik yang
kena mengalah dengan akak. Kalu dicubitnya adik pun, mama tak marah. Alasan :
adik tak dengar cakap.
3. Bila rebut remote tv
- okeh! perkara ni mmg sah
akan menang dekat dia. Kenapa? Sebab dialah yang paling besar, sebab itulah
dialah yang layak untuk memegang remote itu. alasan akak aku =_=’.
4. Bila nak kemas rumah
- Dialah bos. Adik-adik,
sila dengar arahan!
Bila menjadi anak bongsu….
1. Bila nak mintak sesuatu
- Senang sangat-sangat.
Selalunya bila akak-akaknya dah besar panjang, dia diberi focus lebihan.
2. Bila bergaduh dengan akak
- Tyme kecik, diberi
peluang menang. Tapi bila besar, anda kalah.
- okeh! perkara ni mmg sah
akan kalah dekat dia. Kenapa? Sebab dialah yang paling kecil.
4. Bila nak kemas rumah
- herm? ikutlah… kalu dia
beri alasan munasabah, kadang-kadang diterima pakai oleh bos besar ‘daddy’.
Bila menjadi anak tengah…
Apa yang jadi bila
dilahirkan sebagai seorang anak ke-3 dari 5 adik beradik? Contoh yang pling
senang, tengok apa jadi dekat aku.
1. Bila nak mintak sesuatu
- Ikut mood. Kalu ada
rezeki, dapat la. Banyak tentangan dari akak-akak n adik-adik yang jeoluz.
2. Bila akak bergaduh
dengan akak
- selalunya aku jadi orang
tengah antara mereka nak berdamai.
3. Bila adik-adik bergaduh
- aku kena jadi orang tengah juga.
Kadang-kadang, aku pun ter’join gaduh sbb geram sangat dengan perangai depa.
4. Bila aku bergaduh
dengan akak
- Abah cakap,aku kena
mengalah sebab akulah adik.
5. Bila aku bergaduh
dengan adik,
-Mama cakap, aku kena
mengalah juga sebab akulah akak.
6. Bila rebut remote tv
- Tyme akak tiada, I’m the
second bos. hahhha. bila mereka ada, kembali ke kedudukan asal.
Bila fikir-fikirkan, betuah
jugak kan.
Itulah asam garamnya. Wlaupun kadang tu kita rasa ' so annoying' dengan perangai masing-masing, but! we had the special bond together. Satu ikatan yang tak kan putus sampai bila-bila. Kalu
tak bergado-gado manja dengan mereka semua, rindu pula jadinya. Semua bertuah
biarpun kita anak sulung, tengah mahupun bongsu. At least, kita ada adik
beradik yang ramai. Konfem-konfem x sunyi bila ada kat rumah kan. Bila lihatkan
kawan-kawan yang kadang tu cuma dua beradik ja. Pusing sana sini, muka tu ja la
yang ada. Syukurilah nikmat-nikmat yang diberi pada diri masing-masing. ^^
---------------------------------------------------------------------
# Tapi ingat, gado-gado tu
adat biasa. Jangan gado hinggakan putus silaturrahim. Juz a normal thing!
itulah namanya keluarga bahagia yang pnuh dengan manis masamnya.
![]() |