Sulamilah Hariku
--Assalamualaikum--
* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') *



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: MisCikoPiko

Bersyukur itu lebih berat dari bersabar
Saturday 23 February 2013 | 08:37 | 0 comments
Assalamualaikum ^^

Alhamdulillah.



Firman Allah SWT di dalam sebuah Hadis Qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, iaitu terjemahannya;

“Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.”
Tanpa kita sedar, kita tidak pernah sedetik pun terlepas dari ujian. Manusia diuji dengan ujian kesusahan ataupun ujian nikmat yang silih berganti datangnya. Di saat kita diuji ujian kenikmatan, kita hanyut dengan nikmat yang diberi.Kita lupa memanjatkan kesyukuran pada yang
 Maha Pemberi ( Al-Razzaq). Ujian nikmat itulah yang berat.

 Di saat kita diuji ujian kesusahan, sering kali kita mengeluh. Tanpa kita sedar, Allah yang beri. Tiada malunya, kita mengeluh kesal dengan ujian yang diberi. Contohnya, kita ditimpa musibah. Musibah yg diberi dalam bentuk penyakit. Bukan sekadar demam biasa-biasa, kita diuji dengan demam denggi. Yang mungkin membawa maut jika tak ditegah cepat. Kita mengeluh kesedihan. Kita kalut hendak ke suatu tempat, tiba-tiba kereta buat hal. Kita marah. Padahal, manusia dituntut supaya bersabar dalam menerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat.

Bukan ramai yang diuji ujian kenikmatan, dia bersyukur. Bukan ramai yang diuji ujian kesusahan, dia bersabar. 

Kita terlupa, yang meletakkan kita di saat susah senang itu Allah s.w.t.

Allah sayang, Allah uji. Allah baling batu kecil2, supaya kita sedar dari lamunan kita. 

Bersyukur itu lebih berat dari bersabar?
Allah ada berfirman di dalam Al Quran:

Maksudnya:

“Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” 

(Surah As-Saba’: 13)



 Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai di kalangan kita, di saat dia dikurniakan sesuatu nikmat, dipanjatkan kesyukuran dengan mengucapkan Alhamdulillah. Inilah peringkat pertama.Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, tetapi tuntutan tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan ‘Alhamdulillah’ itu hanyalah untuk mempermain- mainkan atau mempersendakan Allah sahaja.


Namun, biarlah hati kita ini benar-benar mengucapkan Alhamdulillah di saat kita diberi kenikmatan mahupun dilanda bala musibah. InsyaALLAH, kita diberi pahala kerana merasakan syukur itu di dalam hati. Inilah peringkat kedua.

Dan peringkat ketiga. Adapun syukur yang sebenar itu ialah;

 Syukur yang diucapkan oleh lidah, yang dirasakan atau ditasdikkah di dalam hati, dan yang dilaksanakan dalam perbuatan. 

Di samping mengucapkan ‘Alhamdulillah’ dan di samping merasakan di hati bahawa Allahlah yang mengurniakan nikmat tersebut, nikmat itu mesti digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenar-benarnya.

  
Antaranya; jikalau kita diberi nikmat kekayaan, gunalah ia ke jalan Allah. Ataupun, di saat kita dikurniakan rezeki lebih, kongsi-kongsilah ia bersama orang di sekeliling ataupun sedekahlah sedikit pada yang tidak mampu.

Itulah cara bersyukur yang paling dituntut. Bukar sekadar ucapan di hati, dan mulut. Namun zahirkanlah ia di dalam alunan zikir dan pertingkatkanlah amalan sunat harian kita.

Firman Allah;


Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)


Sekadar peringatan buat diri sendiri dan secebis perkongsian bulatan gembira buat minggu nie.

---------------------------------
Diilhamkan dari IKIM FM =')