![]() ![]() ![]() * MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') * ![]() ![]() ![]() Skin by Ayien Cute favicon byBabydoll Blog owner: MisCikoPiko ![]()
| Ya Hanana
Wednesday, 23 January 2013 | 21:40 | 0 comments
Assalamualaikum,
Ya Rasulullah,
Kau umpama bulan purnama,
Cahayanya yang terang menerangi buana,
Menyinari kegelapan yang melanda,
Merawat Hati dan jiwa yang sarat meminta .
Ya Rasulullah,
Kau dicaci cerca di mana-mana,
Diulit dengan masyarakat amarah sentiasa,
Kau tenang memimpin jiwa yang lara,
Biarpun terpaksa tempuh derita,
Kau sabar dan redha,
Sesungguhnya engkau rasul mulia.
Ya Rasulullah,
Indahnya sinaran yang menerangi malam yang buta,
Menerangi hati manusia yang alpa,
Kesesatan dan bahaya ,
Yang sentiasa bersilih menduga.
Ya Rasulullah,
Sesungguhnya kami rindu padamu,
Terukir namamu di dalam Al Quran,
Ku teraba-raba,
Mencari hilangnya bulan purnama.
Ya Hanana, Ya Rasulullah.
Ya Hanana
{ Betapa beruntungnya kami mempunyaimu, Ya Rasulullah }
![]() |