![]() ![]() ![]() * MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') * ![]() ![]() ![]() Skin by Ayien Cute favicon byBabydoll Blog owner: MisCikoPiko ![]()
| Setiap pertemuan itu....
Saturday, 26 January 2013 | 20:16 | 3 comments
Assalamualaikum
Kadang-kadang, melihatkan aturan yang Allah telah aturkan, tersenyum diri ini.Indah sekali penyusunannya. Mungkin dahulu, kita pernah bertanya;
'kenapa? Mengapa Allah kasi ujian mcam ni kat aku!'
'Aku tak kuat, aku tak boleh!'
Tanpa kita sedar, itulah cara Allah menguatkan diri kita. Mungkin waktu itu, kita marah dengan ujian itu.Kita menangis. Padahal Allah sangat menyayangi kita. Memberikan peluang kepada kita agar dibukanya mata, dibukanya hati menyedari diri jauh dengan-Nya.Diberinya ujian agar kita kuat di masa yang mendatang. Alhamdulillah.
Tiada satu pun pertemuan itu yang tiada membawa makna
Mungkin kadang-kadang itu kita buta dalam menilai seseorang,
salah mentafsir, salah menduga.Aku hanya manusia biasa.
Tiada satu pun yang terjadi, tiada hikmah yang terselit.
Perjalanan hidup yang singkat ini, membuatkan diri ini terkejar-kejar memahami setiap kehidupan yang terjadi. Membuatkan diri ini lebih berhati-hati dalam memberikan kata-kata.
Bak lagu Amir Jahari,
Setiap pertemuan itu terselit maknanya, kadang-kadang disedari dan kadangkala tersembunyi. Kita manusia biasa, yang kadang kala tidak dapat mentafsir apa yang terselit. Mungkin Allah lebih mengetahui, apa yang terbaik buat diri kita.
![]() |