Sulamilah Hariku
--Assalamualaikum--
* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') *



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: MisCikoPiko

Perihal Pemilik Hati
Thursday 10 January 2013 | 07:27 | 0 comments
Assalamualaikum..

Usai mengemas barang, mama mengajak ke rumah atuk. Dalam hati ni, 'aduh,malas gila!.' Bukannya apa. Aku tahu, mesti mak cik tu ada. Mak cik-mak cik yang selalo ter'lebih ambil berat hal aku.Tiada sebab untuk menolak, aku pun ikut.

2012, sudah lama pergi meninggalkan diri ini. 2013, permulaan baru.Beransur menjadi seseorang yang lebih dewasa. Bila umurku menginjak 21 tahun, orang d'sekeliling pun sibuk bertanya.Tambah pula sekarang, k'along tgh buat persiapan nak kawin. Dan k'angah pula sibok uruskan hal p'tunangan.cepat sungguh.Baru ja tahun lpaz status akak-akak aku nie single. Skrang,semua dah nak bekeluarga. sadis. Tinggal aku keseorangan. single alone for a'while.


siapa d'hati anda, wahai cik ciko??


Satu persoalan yang malas sungguh aku nak fikirkan sejenak padahal senantiasa ada di kotak hati. Aneh menaip satu perkara yang aku saja tinggalkan.betul ke? Biarkan berlalu hingga diri ini betul-betul bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang bakal tiba.Bertanya satu soalan yang sudah tentu aku tiada jawapan.Jadi, jawapan 'penyelamat diri' muncul la.


m'cik peah nyibuk:

' Bila hati nak berpunya?'

aku:

' Dah ada la.Sudah lama hati sy ni berpunya'

m'cik peah nyibuk:

' siapa dia? awat sembunyi2..kenel-kenel orang kt sini'

aku:

'alah.ceq peah mesti kenal. kalau tak kenal, mustahil.'

m'cik peah nyibuk:

' ceq kenai? aihh, pelakon ke penyanyi? amboihh..sakan hang noo. cilok org famous.'

aku:

' haha.mana ada.malu la nak gitau'

m'cik peah nyibuk:

' siapa dia....gitaw la kt ceq ni.'

aku:

'ALLAH. dah lama dia pegang hati sy ni'

{ betui x macik?.kahkah. maleh sbnqnya aku nak layan=_=}


Bak kata Dr.Cinta Punye Blog ;

'Kita dilahirkan dengan dua mata di depan kerana seharusnya kita melihat apa yang ada di hadapan.

 Kita dilahirkan dengan dua telinga, satu kiri dan satu kanan sehingga kita dapat mendengar dari dua sisi dan dua arah, menangkap pujian mahupun kritikan dan mendengar mana yang salah dan mana yang benar.

 Kita dilahirkan dengan otak di kepala, di dalamnya ada akal yang tersembunyi sehingga betapa miskin pun kita, kita tetap kaya kerana tak seorang pun dapat mencuri akal kita yang lebih berharga daripada permata.

 Kita dilahirkan dengan dua mata, dua telinga, namun cukup dengan satu mulut kerana mulut adalah senjata yang tajam, yang dapat melukai, memfitnah, bahkan membunuh. Lebih baik sedikit bicara tapi banyak mendengar dan melihat.

 Kita dilahirkan dengan satu hati yang mengingatkan kita untuk menghargai dan memberikan cinta dan kasih dari lubuk hati. Belajar untuk menyintai dan mengasihi saudara seagama untuk dicintai dan dikasihi tetapi jangan mengharapkan orang lain mencintai dan mengasihi anda SEBANYAK yang sudah anda berikan. '


Kita dikurniakan dua kaki untuk berjalan, dua mata untuk melihat, dua telinga untuk mendengar dan dua tangan untuk memegang namun mengapa Allah hanya mengurniakan sekeping hati kepada kita? Setiap kurniaan Ilahi mempunyai sebab musababnya tersendiri. mengapa itu, kenapa begini? semua ada jawapannya. Ini kerana ALLAH telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya sendiri. Ya. Pencarian yang penuh misteri bak kata mama.

Syahadan datanglah satu jawapan benar-benar terselit d'hati;

Biarlah siapa dan bila.Aku tak pernah memilih.Aku tak pernah mengeluh menunggu. Namun, aku percaya. Mana mungkin Allah sengaja melambatkan pertemuan itu sekirannya tiada satu hikmah yang terselit. Mungkin sukar jalan untuk kita bertemu, tapi aku percaya. Yang sukar itu terselit satu keindahan di penghujungnya. Tak pernah pun diri ini mahukan yang sempurna tiba di depan mata.Tak kisah tak ehsem, tak cool, tak macho.Janji cukup agama, baik budinya, dan rajin. 3 perkara sekadar lebih dari cukup. Agar diri ini dibimbing bersama mencari nur Ilahi, ku bersyukur. Mungkin dahulu sahaja ku beri aras pengukur buat bakal imamku, biar hati ini tidak mudah jatuh hati. terjaga buat yang halal.

Orang kata jenis ni kuno.'setia la sangat, ke tak laku' satu persoalan yang kekadang {ker selalu?} orang timbulkan bila usia sebegini belum ada yang berpunya.biarlah orang nak kata apa. orang kata pergilah cuba satu, baru tahu dia sesuai ke tidak. hermm.aku bingung. Mengapa orang mengaitkan b'couple itu perlu sebelum kita melangkah ke fasa seterusnya? 

Aku bukannya degil. aku punya prinsip. 


Biar jatuh chenta dengan suami sendiri bukannya penyinggah hati sementara.

.haha. orang gelak bila dengar tapi yang ni menguatkan benteng d'hati. kuat ker?nyaris jugak nak tumbang. Bagi aku cinta itu mahal untuk diberi, bukannya mudah nak kasi gitu ja. Kalu bagi je bila orang minta tanpa lesen, mana la ada sweetnye. betul tak? 

Aku bukannya penakut. Cuma aku mahukan satu komitmen.Kalau berani kata suka, datanglah berjumpa mak ayah dulu. cewah!

Cinta. sentiasa dikaitkan dengan cinta manusia. Dah lali telinga ini mendengar.Namun kita lupa. Aku tak salahkan perasaan yang hadir, kerana aku tahu itu satu fitrah yang Allah kurniakan pada kita.Tipulah kalau aku cakap yang aku tak pernah suka siapa-siapa. Cuma,


 mencintai seseorang tak semestinya memiliki

Itulah hukum alam. Buat masa ni, biarlah kita meraih Cinta Ilahi. Kita masih ada tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Tanggungjawab sebagai seorang anak. Kita masih punya keluarga untuk dilindungi. Kita masih ada sahabat untuk dikasihi dan berkongsi masalah. Kita tak pernah berseorangan. Malah, Allah senantiasa ada di hati ini setiap waktu. Kehidupan ini bukannya seindah seperti melakar lukisan di sekeping kertas putih.Suka dan duka silih berganti membuatkan hati ini sentiasa berwaspada. 

Masa yang ada,lengkapkan hati kita dengan ilmu di dada sebelum menginjak ke fasa baru. Iman di hati sentiasa diisi. Persediaan ke arah tanggungjawab yang lebih berat. Berubah ke arah yang lebih baik.insyaALLAH. Biarlah orang sibuk mencari cinta,hinggakan bertukar dua tiga kali pasangan. Aku percaya masih ada seseorang yang tersimpan. Tapi biarlah kita sibuk mencari iman. Menjadi seseorang yang lebih baik dari dulu. Biarlah aku single skrang ni, sebab..


'I save this heart for someone special. And I hope that person will appear when i'm ready.'aminnn...

Bila inginkan jodoh yang baik, maka marilah kita memperbaiki diri sendiri. InsyaALLAH^^ berdoalah, janji ALLAH tidak pernah mengecewakan kita. Biarlah Allah yang menjaga hati kita bukannya manusia lain. Kerana keredhaan Ilahi yang penting. Mungkin masa itu akan beransur tiba, aku akan lebih bersedia.


orang yang baik untuk orang yang baik

Pesan pada diri



no one never know my feeling except Allah n me =')
biarlah rahsia hingga masa itu yang meleraikannya sendiri.
okeyh, tata. see u'oll next time! study time!