

|     * MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') *       Skin by Ayien Cute favicon byBabydoll Blog owner: MisCikoPiko   | Konvesyen Fiqh: Wanita & Islam Sunday, 20 January 2013 | 08:43 |  0 comments 
Assalamualaikum 
an o'sem week for d'fourth sem! 
alhamdulillah, satu lagi pengisian buat tahun baru^^ 
Orang bilang, kita jangan malas mencari ilmu. Masa muda inilah, kita menimba ilmu di dada.Ilmu tak datang bergolek, kita sendiri yang perlu mengorek mencari. betul tak? tapi, ilmu itu bukan sekadar pada helaian sebuah buku, bukan sekadar pengisian di kuliah belajar. namun, ilmu itu luas. 
 Alhamdulillah, walaupun baru pertama kali pergi namun rasa macam nak pi lagi. 2 hari di Dewan MAEPS, Serdang bersama penceramah-penceramah hebat berkongsi ilmu mengenai hebatnya wanita Islam membuatkan diri ini terasa begitu berharga. haha. beruntung kan jadi wanita Islam nie^^  
Perdana University Tengok tu, berpusu-pusu masuk.Kiranya, beribu jugak yang datang kali nie. Majoriti yang datang, terang lagi bersuluh sudah tentunya kaum Wanita. Namun, ramai juga kaum Adam yang turut sama memeriahkan lagi konvesyen. calon-calon bakal suami soleh bak kata Ustz Zaharuddin. Antara pengisian yang ada; 
19 Jan 2013 
Wanita Solehah Pendamai Dunia :  
Dr. Zaharuddin Abd Rahman 
Kedudukan Wanita di dalam Islam :  
Dr. Zahazan & Dr. Mohd Sukki Othman 
Celik Mata & hati :  
Prof Dr. Muhaya Muhammad 
Celik Undang-Undang Keluarga :  
Dr. Hj Mohd Naim 
Pengamatan Prinsip & Disiplin Kewanitaan Dalam Surah An-Nur :  
Dr Sofiah Samsudin 
20 Jan 2013 
Salah faham Kesaksamaan Gender: 
Ustazah Norhafizah Musa 
Serikandi Sahabat di Hati Gadis Semasa: 
Ust. Hasrizal Abdul Jamil 
Bukan Sekadar Aku terima Nikahnya: 
Ust. Pahrol Mohd Juoi 
Sihat diri Sihat keluarga: 
Prof. Madya Dr. Harlina Haliza Siraj 
Monogami & Poligami: 
- Dr Khairuddin Aman Razali 
- Ust. Fatimah Syarha 
- Kapten Hafiz Firdaus 
Saat manis yang paling best bila dapat bertemu dengan idola hati. Diterbangkan khas dari Indonesia^^ 
Oki Setiana Dewi 
Selalunya tengok di kaca TV saja, tak sangka dapat bertemu f2f lak kali ni. 
lembut ayu orangnya, sopan bicaranya. Mendengar pengalaman yang dikongsi membuatkan diri ini terasa kerdil sekali. Terlalu sikit pengalaman yang dilalui berbanding yang lain. 
 Berdetiknya jam 6 petang tadi,beransurlah kami pulang. Alhamdulillah, banyak sangat ilmu yang diperoleh dari konvesyen ni. Rasa macam dah tak mahu balik, nak dengar dan nak lagi! best sangat! Ilmu yang sedikit diperbanyakkan,Iman yang berkurang sentiasa di'update kan,Langkah yang kecil menjadi permulaan,buat kita, seorang insan kerdil yang inginkan perubahan. 
# insyaALLAH, apa yg sy dapat akan diri ini kongsikan di entry yang seteruznya. sharing is caring =')   |