Sulamilah Hariku
--Assalamualaikum--
* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') *



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: MisCikoPiko

Konvesyen Fiqh : Meh kita kongsikan
Monday 21 January 2013 | 07:35 | 4 comments
Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dapat jua meluangkan masa untuk menaip perkara yang lama sudah diri ini ingin berkongsi. Perkongsian ilmu biarpun ianya hanya sebutir pasir, namun manfaat yang ada seluas langit yang terbentang kita kongsikan bersama =')

Sabda Rasulullah s.a.w:

''Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mendalami ilmu maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan ke syurga''

Riwayat Muslim

jangan malas-malas ye..

Konvesyen Fiqh : Wanita & Islam 2013


Alhamdulillah, dipermudahkan urusan dari-NYA. Tepat jam 8.30 pg, tibalah kami di perkarangan MAEPS, Serdang. Memasuki Perdana University yang menjadi tempat K-Fiqh dijalankan, subhanaALLAH... ramainya! Panjang  barisan yang menanti, ramai sungguh orang yang mendahagakan ilmu.


Walaupun tajuk konvensyen ini memang nampak mcm di'khas'kan buat kaum wanita namun tidak sama sekali. Kehadiran kaum Adam turut sama penting demi pembangunan ummah yang kukuh. Mana lengkap kan jikalau hanya sebelah pihak yang bergerak berusaha?

Apa yang diperolehi, dikongsi bersama.



Sesi pertama yang dimulai dengan Dr. Zaharuddin Abd Rahman dengan tajuknya 'Wanita Solehah Pendamai Dunia'. Alhamdulillah. Kami diterangkan mengenai ciri-ciri wanita zaman jahiliyyah moden, hak-hak yang sepatutnya buat seseorang yang bernama anak, isteri, dan ibu. Malah, diajar menjadi seorang wanita solehah yang bukan hanya di sisi suami malah kepada anak-anak, jiran, kerjaya diri, dan juga di kalangan masyarakat. Wanita solehah adalah pendamai dunia.

Wanita Solehah:

1. Solehah Diri

Kita sekadar manusia biasa yang tidak pernah sempurna dan lari dari melakukan kesilapan. Biarlah kita sentiasa merendah diri dan melazimi diri dengan taubat dan munasabah diri. Bukan senang mengubah diri, namun sabar dan redha menjadi pegangan utama terutamanya di kehidupan yang kadang kala mencabar diri.Bukan kecantikan luaran menjadi ukuran namun soal kualiti dan aurat menjadi kepentingan. =')

2. Solehah pada Suami

Setiap wanita mengimpikan menjadi isteri solehah buat imamnya. Aku juga mengharapkan diri ini bakal menjadi salah seorang.Menjadi seseorang yang dapat menasihati suaminya di saat dia memerlukan, menjaga setiap keaiban suaminya, sentiasa mendoakan dirinya di setiap butir bicara doa dan berada di samping dirinya di saat dia hendakkan. insyaALLAH.

3. Solehah pada anak-anak

Anak-anak itulah gambaran buat kedua ibu bapanya. Anak-anak yang baik lahirnya dari ibubapa yang soleh solehah. Ibu lah yang memainkan peranan yang paling penting dalam didikan seorang anak. Namun sayang, wanita zaman kini sibuk mementingkan kerjaya. Dikejarnya kerjaya dan pangkat yang kadangkala mengabaikan didikan anak-anak. Didikan itu pula diserahkan bulat-bulat pada guru di sekolah. Biarlah kita menjadi seorang ibu yang mampu menjadi sebagai 'role model' terbaik di mata anak-anak. Kerana anak-anak soleh solehah itulah harta yang paling berharga buat seorang ibu.

4. Solehah pada kejiranan

Marilah kita menjadi seorang jiran yang solehah, yang terkenal dengan kebaikan dibawa. Yang sentiasa menjaga batas pergaulan, aurat dengan jiran-jiran di sekeliling. Bukannya bila bertemu, diajak mengumpat hal orang lain. 
Lebih baik bila di saat mereka melihat kita, mereka terdiam dari meneruskannya.Bukankah itu yang terbaik? 

5. Solehah pada kerjaya

Kerjaya yang baik mestilah diikuti dengan akhlak yang baik. Aurat dan pergaulan sentiasa terjaga walau apa pun kerjaya yang dipegang dan di mana kita berada. Niat itu penting. Bukan sekadar bekerja mencari rezeki, namun untuk berkhidmat di jalan Allah. Namun, ingat! Janganlah diabaikan tanggungjawab di rumah di saat kita sudah mempunyai anak-anak dan suami. Kerana kemuliaan wanita bukannya terletak pada kerjaya.

6. Solehah pada masyarakat

Negara yang makmur datangnya dari keperibadian masyarakat yang beraklak mulia. Masyarakat yang sentiasa memberikan yang terbaik dari diri mereka dan menyumbangkan tenaga harta dan masa buat negara tercinta.







Kemudian, diteruskan pula dengan Sidang Panel 1 iaitu bersama Dr. Zahazan Mohamed & Dr. Mohd Sukki Othman dengan tajuknya ' Kedudukan Wanita dalam Islam antara Liberal dan Ekstrem'. Di sini, ia menyentuh mengenai kedudukan wanita sebelum kedatangan Islam. Wanita hanya dipandang keji,hina, dianggap tidak punya roh, malah diberi gambaran jahat di zaman Jahiliyyah.Hinggalah datangnya Islam mengangkat darjat wanita pada kedudukan yang sepatutnya.

Sebelum kedatangan Islam; 

Wanita di sisi orang Yunani dianggap sama rendahnya dengan barang dagangan di pasar. Tiada hak malah tidak berhak menggunakan harta.

Wanita di sisi orang Rom pula dianggap sebagai sesuatu yang tidak punya roh malah diseksa!dikejam! dangan sewenang-wenangnya.

Wanita di sisi orang Parsi pula boleh dinikahi biarpun mereka itu ibu atau mahram sendiri.

Wnita di sisi orang Yunani dianggap martabatnya serendah pelayan dan dilaknat kerana disangka menyesatkan Adam.

Islam datang dengan membawa kemuliaan dan kedudukan wanita di tempat yang sepatutnya di sisi Allah s.w.t. Mulianya seorang wanita itu kerana dari rahimnya lahirlah generasi-generasi yang mampu mengoncang dunia.Indahnya seorang wanita itu. 
SubhanAllah. 


Alhamdulillah. Ilmu yang sedikit ini sahaja yang mampu saya coretkan untuk dikongsi bersama, manfaatnya kita gunakan sentiasa. ^^
woot...woot.. nti da lagi, meh la sama2 kita join ya!

jap..jap..

terlupa lak nak ltak gambr akak Oki cumil saya =3!


senyumlah selaluuuu ^^