Sulamilah Hariku
--Assalamualaikum--
* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') *



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: MisCikoPiko

Mengenal seseorang..
Monday 10 December 2012 | 23:15 | 0 comments
Assalamualaikum,

...Bismillahirrahmanirrahimm...

Angin bayu meniup lembut pipiku. Dingin rasanya. Kedinginan yang menyimbah di lubuk sanubariku. Burung-burung berkicauan membuatkan hatiku lupa akan segala masalah yang menimpa. Pagi yang mengirimkan gerimis, menyenandungkan irama ritmis, menghalangi matahari yang hendak menyusur pagi. Bersyukur pada Ilahi kerna masih diberi nyawa untuk mengucapkan bait kesyukuran biarpun diri ini terkadang alpa dalam mengenal erti kehidupan.  Jauh termenung melihatkan insan lain berkejar-kejaran mengejar masa demi mencari sesuap nasi, membuatkan aku lelah memikirkan apa yang bakal menghampiri diriku buat beberapa tahun yang mendatang kelak. Jauh di sudut hatiku menyatakan 'alangkah indahnya kalau aku menjadi seperti burung itu?'tak perlu kisah pun dengan kesibukan ,tiada apa yang perlu dirunsingkan. haha, mana mungkin. aku ada tanggungjawab yang perlu dipikul.hati kecilku menjawab pertanyaan diri sendiri yang menanya.

Dalam kehidupanku, aku bertemu pelbagai persimpangan hingga mendidik jiwa ini menjadi keras sebegini. orang kata aku degil? mungkin ya.mungkin tidak. Mengenal diri sendiri, entah bila akan ku berhenti belajar mengenal. Sikap sendiri entah ke mana apatah pula mengenal insan yang lain. Hari ini mood aku begini, esok lain pula moodnya. nak gelak sorang-sorang, orang kata aku gila.biarkan arus masa ini yang membawa aku. 

Dari kecil diri ini belajar mengenal. Sebelum ku dilahirkan dari perut seorang yang bernama ibu, ku belajar mengenal Penciptaku sendiri. Allah yang Maha Esa. Kemudian, di saat pertama ku mencelik mata, ku ternampak insan yang bersusah payah bertarung nyawa demiku .insan itulah Ibuku. Diriku diambil, didakap, dibelai penuh kasih sayang. Aku diangkat ayahku. Diazannya di telinga kecilku agar diri ini sentiasa beringat tanggungjawabku sebagai hamba  Ilahi. indahnya waktu kecilku. 

Menginjak usiaku dewasa, ku temui pelbagai dugaan. Dugaan yang kadangkala mencabar imanku sendiri tapi terselit kekuatan yang ku cari selama ini. Walaupun di saat ini ku berada di ambang kegelapan, namun hati ini gagah mencari nur Ilahi. Sebutir mutiara yang berada di dasar lautan gelora yang cuba digapai tangan ini menyebabkan diri ini kadang-kadang terhanyut dibawa ombak.

Dalam kembara hidup ini, mana lengkap jikalau kita tidak bertemu. Kawan, teman dan sahabat. Adakah berbeda ketiga-tiga ini? Bagi aku, ya. Ternyata kamus sendiri tidak dapat membezakannya, tapi pengalaman yang membantuku mengenal. Kawan boleh kita temui di pelusuk dunia. Berjumpa di facebook la, twitter, sebelah rumah, terjumpa waktu blogging pun boleh. Teman pula orang yang rapat dengan kita, suka duka kita berkongsi dengannya. Kita serasi bersama tidak kiralah lelaki ke perempuan. Itulah sebabnya timbul istilah-istilah begini; teman hidup, teman sepermainan, teman belajar. Pernah dengar;

' Teman ketawa senang dicari, teman menangis sukar dicari'

selalu kan? Aku mengenal temanku dengan pelbagai cara. Mengenal dan menilai isi hati teman sekeliling. Bukannya mudah.Aku suka memerhati, itu hobiku. Mendiamkan diri melihatkan reaksi yang dibalas atas apa aku lakukan. Orang kata aku misteri, terlalu banyak rahsia yang aku simpan. haha. padahal banyak lagi rahsia yang belum aku rungkaikan pada diri anda. Mungkin hari ini aku menjadi segarang harimau yang mengaum, semarah api yang membara. Esok hari semanja kucing Parsi dibelai tuannya, dan segedik anak kecil diminta dibelai. Mesti anda kata aku ni apahal! Aku bukannya seorang pelakon, cuma sekadar ingin menguji ketelusan hati dalam berteman. Tahan ke anda dalam melayan karenah burukku ini? Alhamdulillah, ku berjumpa ramai teman yang baik-baik belaka.

Tapi sahabat.Seseorang yang sukar hendak ditemui. Sahabat Lillahitaala. Sahabat sejati yang membawa kita haruman syurga. Indah bersahabat jikalau kita berjumpa insan yang sekepala, sehati dan sejiwa kan yang sentiasa membawa diri dekat dengan Ilahi? Hati ini merasakan sudah berjumpa, cuma hati ini yang belum terbuka sepenuhnya. InsyaALLAH, aku semakin dekat menghampiri cuma terlambat sedikit. Bersahabatlah kerna ALLAH s.w.t.



Nasihat untuk kita bersama,buat diri ini juga. Janganlah kita pernah menilai seseorang itu dari luarannya sahaja.Cubalah mengenal isi hatinya dahulu.oke? Mungkin belum cukup lagi pemerhatianku. InsyaALLAH, ku mohon padaMu senantiasa.^^

'Tuhan aturkan kita SATU pertemuan, ditetapkannya DUA hati. Dalam hati, terkandung TIGA rasa; kasih, sayang, kasihan. Dalam tiga rasa, terselit EMPAT tujuan; berkenalan, berteman, berkawan dan bersama. Dalam empat perkara itu, tersembunyi LIMA perkataan, iaitu; TEMAN BAIK SELALU DI SISI.
Dalam lima perkataan itu tersembunyi ENAM impian iaitu; sayang, setia, kekal, mengerti, menghargai dan mengingati. Dalam enam impian itu, tersimpul TUJUH huruf keramat! Itulah sahabat.


-- nukilan di waktu hujan gerimis--
suatu erti yang terselit rapi