* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') * Skin by Ayien Cute favicon byBabydoll Blog owner: MisCikoPiko
| Aku bukan orang hebat tapi..
Wednesday 5 December 2012 | 17:07 | 0 comments
Assalamualaikum,
....................................................................................................
Setiap
perjalanan ada mulanya, kini aku selalu tertanya-tanya, apakah rahsia disebalik
aku dibesarkan dengan persekitaran begini, siapakah yang harus dipersalahkan?
atau diri sendiri penentunya.Semua orang
kata, pengalaman mendewasakan kita. Hah! Lebih senang cakap dari melaluinya
tapi adakah aku cukup dewasa untuk mengalaminya?
Aku teringat
kisah Imam al-Ghazali.
Satu hari,
imam al-Ghazali mengumpul murid-muridnya, dan beliau bertanya kepada mereka.
Apakah benda
yang paling jauh dari kita?
Dan ramai
yang menjawab,
‘Cikgu, Negara
China!...bulan! bintang!....’
Pelbagai
jenis jawapan diberi namun tiada satu pun yang tepat.
Akhirnya,imam
al-Ghazali menjawab,
MASA LALU.
Ya, masa
lalu. Naiklah kita secanggih mana pun kenderaan yang dicipta, tapi tak kan pernah
kita boleh kembali ke masa lalu. Masa lalu hanya sekali, ia pasti tak kan
kembali.
Dan imam al-Ghazali
pernah juga pernah bertanya ,
Apakah benda
yang paling dekat dengan kita?
Dan mereka
menjawab.
MATI.
‘Tepat
sekali!’
Mati..Suatu
perkara yang pasti menghampiri setiap
makhluk yang bernyawa. Elaklah kita semana pun, ia tetap datang. Ia tidak
pernah mengikut umur, pangkat ke mahupun harta yang disimpan.Di saat gugurnya daun di pohon Arasy ALLAH yang tertulis nama kita, turunlah Malaikat Izrail mencabut nyawa.
Pujangga pernah berkata,
Dalam hidup
kena belajar terima hakikat.
Setiap yang
terjadi tersimpan seribu sebab,
aku terima.Hidup harus
diteruskan, namun di mana. Ceh!
Dan aku
memilih.
Tempat jatuh
lagi terkenang, aku kembali ke tempal asalku.
Semua hidup
kita telah ditulis, semuanya disusun atur,
kita hanya
mampu melakonkannya.Allah tak
akan mengubah nasib sesuatu hambanya, kecuali hamba itu yang bergerak untuk mengubahnya.
Kita diberi
pilihan,
menjadi
seorang pelakon terbaik atau terburuk? di pentas dunia.
Mana mungkin seorang pun tak mahu menjadi yang
terbaik! Tapi, cakap kosong tak kan pernah berkesan. Kejayaan berjalan seiring
dengan usaha. Usaha! Mana usaha kita? Aku tunduk malu. Aku kurang berusaha .Takdir
menentukannya,tapi
mengikut arus yang kita tentukan.Bukan salah
siapa kita jadi begini. Kita menuding jari ke orang lain, dan sisa 4 jari
menunjuk ke arah kita.
Kita nampak
bulan, tapi bulan tersangatlah jauh dari kita. Kita tak nampak ALLAH, tapi
ALLAH sangat dekat dengan kita. Yakinlah dengan ketentuan Ilahi, janganlah
pernah kau persoalkan tapi bergerak lah menjadi yang terbaik. In sya ALLAH, sesuatu yang terbaik untuk diri menunggu di penghujungnya.
-- Mungkin AKU bukanlah orang yang hebat, tapi ku mau belajar dari orang yang hebat. Aku adalah orang biasa tapi AKU ingin menjadi orang yang luar biasa. Dan aku bukanlah orang yang teristimewa, tapi AKU mahu membuatkan seseorang menjadi istimewa… -- |