Sulamilah Hariku
--Assalamualaikum--
* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') *



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: MisCikoPiko

PRAY FOR GAZA
Sunday 25 November 2012 | 18:06 | 0 comments
Assalamualaikum..


‘Di saat kita bergelak ketawa, ada yang menangis di sana.
Di saat kita membazir, ada yang meminta di sana.’

Aritu jumpak akak Jannah,sama-sama beriadah kat Tasik Cempaka Bangi. Kongsi-kongsi ilmu, nasihat teguran, siap nyanyi lgu Najwa Latif lagi. Dan akak pun b'tanya-

'Adik-adik taw tak perkembangan untuk hari ni kat Gaza?'

Setengah pd kami terdiam. Malunya** waktu tu. Kami bergelak ketawa, tpi lalai ngan apa yang jadi kat Gaza. Biarpun jauh jarak antara kita dan mereka di Gaza, namun janganlah jauh hati kita dengan mereka. Dan don't ever miss a single day yang berlaku kat sana. 




-Sharing is caring-

Mengikut dengan apa yang aku peroleh, dikongsi bersama ;)

Take ur time, feels with ur heart, n try to realize the right action that we need to take !

Ahad ( 18 Nov 2012)

Kapal perang Israel berjaya di tembak oleh Brigade Izzuddin Al-Qassam, pasukan ketenteraan Hamas berhasil menembak pagi ini Ahad (18/11) kapal perang Israel yang berada di kawasan berhampiran pantai Gaza dengan lima roket 107. Alhamdulillah. Mereka sedang menggali kubur besar untuk tentera Israel kali ini, yang pasti Mesir dan Turki sudah bersedia utk menyertai peperangan ini.

Isnin ( 19 Nov 2012)

Proses pengebumian beramai-ramai telah dijalankan untuk para syuhada' Gaza dikalangan kanak-kanak kecil oleh keluarga-keluarga mereka.

Selasa ( 20 Nov 2012)

09 :15 pagi waktu Gaza 

Seorang lagi rakyat Gaza syahid manakala seorang lagi yang merupakan sorang kanak-kanak cedera di kawasan Mughrakah sebentar tadi..

Beberapa pesawat pemerhati (surveilance planes) tentera israel baru sahaja dirakam berkeliaran dipersekitaran Hospital Al-Shifa di daerah Shaaf di kejiranan Al-Shojaeya. Roket yang dilancarkan oleh tentera Palestin pagi ini jatuh di sekitar penempatan Yahudi di bandar Ashkelon, Israel (bumi Palestin yang dijajah) kira-kira 30 km dari Gaza. Malah, Israel turut menggunakan taktik ' tali barut'. 

Kapal terbang pengintip Israel telah melakukan serangan ke atas sekumpulan penduduk Gaza di belakang Masjid Hasan 'Audah. Dilaporkan terdapat di antara mereka yang mengalami kecederaan serius.

Rabu ( 21 Nov 2012)

Bangunan Israel yang telah diserang oleh Briged Al-Qassam menggunakan roket Fajr 5.. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!

Kapal udara Israel menceroboh dan mengebom kawasan tanah lapang berdekatan dengan Universiti Islam di Khan Yunis. Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini. Mereka juga melepaskan bom api ke Timur Kem pelarian Al-Boreij.  

Tentera penceroboh Zionis sedang melepaskan serangan bom api bertalu-talu ke atas Beit hannoun dan bahagian pertahanan mereka meneruskan serangan bom mereka secara intensif ke arah timur dan barat Bandar Gaza. Bot bersenjata milik Zionis menghentam ke arah Al-Mughraqa laut tengah Gaza. Tak cukup menghentam manusia dan bangunan, Zionis menghancurkan pula alam sekitar. 

Hasil pencerobohan Zionis ke atas Gaza sehingga syahid 137 termasuk 34 kanak-kanak dan 1100 orang cedera termasuk 310 kanak-kanak.Kematian bertambah kepada 142orang.

Khamis ( 22 Nov 2012)

 Genjatan Senjata 

Satu pengumuman rasmi telah di umumkan bahawa genjatan senjata antara Gaza dan Israel bermula pada jam 9 pm (waktu Mesir) oleh Kementerian Luar Mesir . Walaupun Genjatan Senjata sedang dijalankan sekarang, namun kematian tetap meningkat. Setakat ini,seramai 161 orang telah terkorban akibat serangan Israel keatas Gaza,termasuk 11 orang wanita dan 42 orang kanak- kanak yang tidak bersalah.


#Be update soon and lotta thanx for supergirlshortstory.blogspot.com. Klu nak lagi detail, mai la singgah kat blog ni jap. 



Kita lali dengan permainan mereka sedangkan mereka rancak menzalimi saudara Islam kita tanpa secebis pun rasa kasihan di mata. Tatkala kita rancak menikmati keseronokan, mereka bergelimpangan berjihad demi nama Islam tercinta. Biarpun kita tidak mampu mengangkat senjata seperti mereka, namun kita mampu menadah tangan kepada ALLAH S.W.T memohon mereka diberikan kekuatan dan keselamatan. Aminn..


Aminnnn.......................