Sulamilah Hariku
--Assalamualaikum--
* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') *



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: MisCikoPiko

Syahadatul-Haq
Tuesday 23 October 2012 | 17:30 | 0 comments


ALHAMDULILLAH, Syukran atas segala nikmat ALLAH yang diturunkan kepada kita semua wahai umat ISLAM yang sentiasa berada di bawah naunganNYA.

Bismillahirrahmanirrahim…

Bermulanya saat ini, saat tangan menaip menulis kalam bicara yang terpendam di hati mengalunkan ucapan Alhamdulillah atas segala nikmat yang diberi sepanjang meniti kehidupan sementara ini. Di saat hati ini gunda gendala dengan masalah duniawi, resah gelisah menahan jiwa metenteramkan minda akhirnya satu kalimah datang ke mari menjadi SOLUSI kehidupan kini.
Tanggal 6 Oktober 2012, saat yang dinanti-nantikan tiba. Saat ketenangan yang telah lama ku harapkan datang mendekati setelah lama dinanti.

SYAHADATUL- HAQ

Secara jujurnya, aku memang tak pernah tahu. Hanya yang tahu, kalimah syahadah. Bagi aku, kalimah syahadah adalah satu lafaz apabila kita memeluk agama Islam. 

‘AKU NAIK SAKSI BAHAWA TIADA TUHAN LAIN SELAIN ALLAH S.W.T, DAN AKU NAIK SAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD S.A.W MERUPAKAN PESURUH ALLAH S.W.T.’

 It’s special but I doesn’t know about its big mean for a muslim.Alhamdulillah, 
aku diberikan kesempatan oleh ALLAH to know about the true mean SYAHADATUL- HAQ. Dengan ini, aku pun nak berkongsi ngan anda semua what the mean of SYAHADATUL- HAQ.

Syahadah Al-Haq atau Pengakuan Sebenar Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah adalah suatu seruan yang dikemukakan oleh Sayyid Abu al-A’la al-Maududi. Siapa pulak Sayyid Abu al-A’ la al- Maududi?

Beliau merupakan Pemimpin Persatuan Islam, di dalam suatu majlis yang diadakan di Bandar Sayyal Kaut, salah sebuah bandar di Barat wilayah Punjab.  Syahadah ini wujud dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk perkataan dan perbuatan.

1) Syahadah Perkataan (Qauliyyah)

Kita menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang telah disampaikan kepada kita melalui perantaraan para nabi dan para rasul. Contohnya, sekarang ni kan zaman IT. Jadi, kita boleh sebarkan melalui facebook ke twittt…twitter ke skype ke lukisan-lukisan doodle comel  ataupun yang paling femes  sekarang ni adalah cam aku buat ni dengan melalui blog. But, the main focus adalah niat yang betul. perkenalkan agama yang telah Allah pilih sebagai agama (cara hidup yang lengkap) untuk seluruh manusia. Kita huraikan kepada seluruh manusia tentang ajaran agama yang benar ini. Kita bentangkan kepada mereka tentang ajaran dan pedoman agama ini dengan tujuan mengajar manusia seluruh sistem hidup ini yang terdiri daripada akidah, prinsip, akhlak, tamadun, kehidupan bermasyarakat termasuk semua undang-undang dan langkah-langkah berbentuk amali.  Namun, yang pasti setiap satu mestilah berkait dengan hujah dan bukti yang kukuh.

2) Syahadah Perbuatan (Fi’liyyah)

Syahadah dalam bentuk perbuatan pula bermaksud kehidupan seharian kita mestilah menjadi cermin yang membiaskan dasar dan prinsip yang kita yakini dan kita laungkan. Sebagai contoh, dalam kehidupan seorang pelajar--- kawan---  Zaman sekarang, pengaruh dibawa semuanya bermula dengan kawan. Kawan yang baik membawa ke arah kebaikan, dan sebaliknya. Kita sebagai manusia, dikurniakan dengan akal fikiran mestilah memilih perkara yang membawa kepada kebaikan kan? kan..kan..

Klu kita mempunyai seorang kawan , lemah lembut butir bicaranya dan perlakuannya, bicara pun bila perlu, penuh dengan gaya hidup Islam mestilah kita tertarik nak kawan dengan dia. Kita pun mestilah sedikit-sedikit kena tempias dan akhirnya Alhamdulillah kita pun bakal menjadi seperti dia. Tapi kita nie kadang kala ego, selalu ja nak jadi diri sendiri tpi diri sendiri pun entah ke mana. Jadi, ambillah  pengajaran dari orang-orang yang berilmu dan cuba praktikkan sedikit-sedikit dalam kehidupan. Biar sedikit, namun kita cuba. Bak kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. InsyaALLAH. Biarlah perubahan yang sedikit bakal membawa kita ke syurga, idaman di hati.aminnn…

Last but not least,

Satu persoalan- WHERE THEN ARE YOU GOING?- from R.I.S talk

Aku tak ingat nama penuh R.I.S. tpi video ini mengisahkan mengenai perbincangan umat-umat Islam yang tinggal di US. Sebenarnya, di mana pun kita berada, kita seMESTInya berpegang pada 4 PERKARA ni:

1) Represents us well- SUCCESS & GOOD MANNER
2) Leave with a legacy
3) I’m PROUD of Muslim
4) Love among brotherhood and sisterhood

 InsyaLLAH, 4 perkara yang bakal menjadi pegangan hidup. i wanna to thanx a lot to KAK JANNAH my akak for my usrah. Alhamdulillah, genap setahun kami bersama dalam bulatan gembira. And a lot of new things yang aku dapat sepanjang bersama. And thanx sbb bawa saya bersama dalam perjuangan akak ;) Alhamdulillah, kami sayang akak!