Sulamilah Hariku
--Assalamualaikum--
* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') *



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: MisCikoPiko

saya si mulut banyak?
Thursday 23 August 2012 | 04:34 | 0 comments


Raya kelima..



 semalam awal pagi pi bertolak ke pahang, kampung sebelah abah. sekali setahun ja dpt pi sana. hihi, itulah untungnya ada hari raya nie ..brooom..bro0m.. 

pukul 8 pun bertolak la ke aku ke kampung terchenta.
sungguh ku rasakan perjalanan pertama  yang memang panjang.teramat lama! 10 jam dari kedah ke pahang. tak ke lama? dah rasa pi Singapura pulak dah. itulah abah aku, saja nak try jalan lama. katanya nak elak sesak kat highway. akhirnya, pusing satu Pahang. dari Kedah ke Cameron highland ke Raub ke Bentong, and lastly.....
baru la sampai kat Kampong Awah, Temerloh, Pahang.
rasa-rasa 6 jam udah bole sampai abahku.


sajo nak kasi kenai sikit nie.

so, bermulalah sesi 'borAk-borak rindu'. ni nama aku kasi, sebab akan terkeluarlah kisah-kisah lama kami tyme kecil yang tak tahu malu lagi waktu tu oleh  mama aku and d'geng.


geng mAma Norlida~

semalam, ada terjumpak mak lang aku. yg tudung labuh tu. my adik tiri abah aku. Mak lang kata ' Ni ka yana? yang suka cakap-cakap tu ker?dah beso panjang, dulu ketot ja. '

... aihh, malu la mak lang...

tyme kecik { gelaran famyous}

kaklong- si pendiam
kakngah- si buas
aku- si mulut banyak
emi - si bulat

sekarang? mu rasa aku terbalik kan. dah tertukar ngan kaklong dah. 


ni Tuk wan Eei. nama diberi Ismail. umur tuk wan eei aku udah mencapai 85 tahun. kuat ingatan lagi nih, semua nama ingat lagi. tpii, sekarang nie dah tak sihat macam dulu. sedih semalam jumpa ngan tuk eei, nyaris2 nak nangis. cover..cover.. air mata nak meleleh pulak. apa pun, aku bersyukur diberi kesempatan berjumpa tuk wan semalam. syukran Ya ALLAH. 

Doakan tuk wan aku sembuh yaa.

'' Ya ALLAH, hilangkan dirinya penyakit, kembalikan dia kepada kesehatan dan kesembuhan. Bantulah dia dengan sebaik-baik perlindungan dan kembalilah dia kepada sebaik-baik kesembuhan. Jadikanlah apa saja yang dirasakannya pada waktu sakitnya sebagai pahala untuk kehidupannya dan penghapus atas segala kesalahannya.'' 

Amin yaa Robbillalamin...