Sulamilah Hariku
--Assalamualaikum--
* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') *



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: MisCikoPiko

Bangkit
Friday 3 August 2012 | 15:57 | 0 comments


Bangkit - DJ Fuzz + Altimet + Salam

''Sahabat, saat kau letih dan hilang semangat. ALLAH tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, sedarlah bahawa ALLAH telah mengira titisan air matamu. Bila kau merasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, ingatlah bahawa ALLAH setia bersamamu. Bila tiada yang beerti buatmu dan hatimu kecewa serta keliru, ketahuilah bahawa ALLAH sentiasa ada jawapannya. Belajarlah untuk mengukir senyuman tatkala mehnah menyapa hidupmu kerana disebalik semua itu terdapat mutiara hikmah yang telah disisipkan oleh-Nya kepadamu''

# biarpun terjatuh, kita mesti bangun!
biarpun tersungkur, kita mesti senyum!
biarpun tergolek, kita mesti bangkit!
pesan pada diri...
aku boleh! insyaALLAH ;)