Sulamilah Hariku
--Assalamualaikum--
* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') *



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: MisCikoPiko

tolong abah..
Monday 2 July 2012 | 22:02 | 0 comments
ASSALAMUALAIKUM,


23 days more..... 



30/6/2012- hari yang sangat memenatkan! 
( sesuai abah aku kasi penutup June)

Gambar kat ats tu namanya ikan talapia. Codapp sungguh kalau wat ikan bakar tpi lg sedap kalau dibuat pekasam- bak kata mama aku. Dulu, aku da ckp yg abah aku nie ada wat kolam ikan, so nie la hasilnya. Alhamdulillah, rezeki diberi...bosar-bosar sekarang. nak dibuat critanya, semalam kwn abah aku da dtg nk jala ikan-ikan nie. jala dok jala.......jala lagi.....dan jala.... dapat la tiga guni ikan. tu pun selamat la abah aku kata STOP! klu tidak la, entah la pa jadi ngan nasib kmi nie. nak taw napa?

suprise! mama + aku + angah --> sila la siang ikan-ikan ni smpai habis! 
terbeliak tlinga aku dok dgr arahan tu! so, bermulalah aktvi 'best' nie dari kul 7 ptg smpai la 2 pgi.....~ 


nak yg mana? rambo, fillet, cleaver, slicing? pilih...jgn x pilih..
pemilihan pisau terbaek dijamin sgt m'mbantu pda saat-saat ini!

ni dia resepi mama aku ( respi turun temurun nie)--->

BAHAN-BAHANNYA :

  1. mesti ada ikannya. ( talapia plg best!)
  2. limau nipis
  3. garam
  4. beras yg telah digoreng.
  5. gula

CAMNA NAK BUAT?

  1. Bersihkan ikan-ikan tersebut.Kemudian lumurkan limau nipis untuk memotong setiap lemak-lemak yang terkandung. Lumurkan garam dan simpan ikan-ikan tersebut ke dalam bekas tertutup untuk beberapa hari.
  2. Blend beras-beras yang telah digoreng sehingga halus. Keluarkan ikan tersebut dan basuh serta sejatkan air yand ada.
  3. Lumurkan gula dan beras yang diblend pada badan ikan tersebut. Biarkan semalaman di dalam bekas tertutup.
  4. Kemudian, masa untuk makan! Goreng ikan tersebut dengan bawang + cili kering. nyummy ;)





PEKASAM GORENG

abah pesan : kalau nak cari suami, biar dia bole jala ikan dan pndai pgg cangkul. bru boleh jdik menantu kesayangan abah. ingat tu! da letak syarat nmpaknya abah aku nie..