Sulamilah Hariku
--Assalamualaikum--
* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') *



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: MisCikoPiko

Mujahadah itu Pahit...
Saturday 14 July 2012 | 07:11 | 0 comments

"   
          Serik harungi sendiri kekurangan diri,
Hanya tuhan mengerti,
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta,
Umpama tiada rahsia.

Kau sinar hati ini,
Biarpun hanya sesaat di sisi,
Pelita kala hati berduka,
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah.

Masih kau hadir jua menepis gelora,
Tatkala aku merasa kecewa,
Duniaku berubah kelam tak bermakna,
Namun semangatmu ada di jiwa.
"

Sering kali hatiku bertanya siapa si 'dia'. Bagaikan suatu cerita yang tidak pernah ada kepastiannya. Ia hadir tak pernah ku pinta. Ia pergi tak pernah ku duga. Adakah namamu yang tertulis di Luh Mahfuz di sana? Adakah engkau yang bakal memimpinku menuju syurga abadi? Gelisah diri ini kerana kau sentiasa ada di bayanganku, ketakutan mengingati memikirkan Tuhanku. Maafkanlah hati ini kerana aku lalai memikirkanmu Ya ALLAH.
Namun segalanya di bawah ketentuanNYA.
cuma satu ku pinta..

' Cukuplah aku menyintaimu dalam hati, menyalurkan secebis doa-doa di setiap sujudku, dan menjaga hati ini kerana ALLAH '

{ Mujahadah itu pahit kerana syurga itu yang manis ku harapkan }


Ada masanya kita perlu duduk bersendirian. Berseorangan menongkat dagu mendongak ke langit, bertanya dan memikirkan diri sendiri, hala tuju kehidupan. Mengingati setiap titik dosa-dosa yang masih belum diampunkan. malah, cukupkah pahala yang dikumpul buat bekalan di akhirat? Mungkin masa ini bukannya masa untuk mencari cinta. Tetapi masanya untuk 
MEMPERBAIKI CINTA pada ALLAH.


'' Sungai yang jernih tidak semestinya boleh nampak riak wajah sendiri, jambatan yang lebar belum tentu kaki tidak tergelincir jatuh''


Cinta dunia vs cinta akhirat, juz one. Bukan mudah mencari insan yang menyintai akhirat, bukan sukar mencari insan melebihkan dunia. Mengejar dunia, akhirat bakal meninggalkan kita namun mengejar akhirat, dunia bersama kita ;) namun sayang, bukan mudah untuk menyintai sesuatu yang kita tidak nampak tapi yakinlah! 


Jadilah kita seperti bunga sakura. Hayat sepohon sakura sangatlah singkat. Itulah kitaran hidup kita. Jadilah kita seperti bunga sakura yang berkembang mekar sehingga tiba masanya gugur menyembah bumi. Kembang mekar menawan hati setiap orang yang memandang. jadi, manfaatlah setiap detik yang kita ada sebelum ia berakhir begitu sahaja.


' Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing. Ketika engkau berada di waktu petang, janganlah menanti waktu pagi dan ketika di waktu pagi, janganlah pula menanti waktu petang. Pergunakanlah kesihatanmu untuk sakitmu dan pergunalah hidupmu untuk matimu'
- Pesanan Rasulullah S.A.W kepada Ibnu Umar R.A. -


# buat peringatan untuk diri sendiri#