Sulamilah Hariku
--Assalamualaikum--
* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') *



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: MisCikoPiko

Hati seorang REMAJA
Wednesday 13 June 2012 | 07:55 | 0 comments

Assalamualaikum..

Disebabkan kebosanan di kala menunggu penghujung cuti yang tiada habisnya, insan yang bernama 'AKU' telah menghasilkan satu cerita yang mungkin menarik untuk dibaca.

  Di kala senja yang dingin , berhempas pulas seorang insan bernama ibu yang sedang bertarung nyawa bagi melahirkan seorang insan kecil yang belum mengerti apa itu erti kehidupan. Matanya yang kecil dan sedikit sepet itu mampu meredupkan jiwa pada sesiapa yang melihatnya dan mulutnya yang merah yang sentiasa menguntum senyuman pada sesiapa yang mengusik hatinya  sudah mampu menghapuskan rasa kesakitan si ibu. Si anak kecil ini dimanjai dan dicurahkan segala-gala yang diidamkan. Dimintanya mainan, sudah tentu si ayah memenuhinya agar melihat si anak ini senang hati. Anak kecil yang diberi nama Zara. Namun sayang, kebahagian itu tidak kekal lama. Kebahagian yang dirasai makin lama makin menghilang sejak lahirnya si adik kedua. Apa yang dihajati tidak lagi mudah untuk si ayah penuhi buat si anak kecil ini. Kerana dahulu, dia hanyalah si anak tunggal. Kakaknya yang sudah besar ketika itu menyebabkan dia dilimpahi kasih sayang yang tiada bandingannya. 

  Namun, itu semua cerita dahulu. Hatinya mulai sedih diperlakukan sebegitu. Ibunya banyak meluangkan masa bersama si adik. Bila si dia merengek, si ibu tidak lagi mengendahkannya seperti dulu. Kata si ibu ‘ kakak kan dah besar, nak menangis apa lagi!’. Sedih hatinya tidak tertahan lagi,dirinya tidak lagi diberi perhatian. Si ayah sahaja masih mengerti apa yang ada di hati si anak kecil ini, namun, si anak mahukan kasih sayang si ibu. Kata ayah; ‘ adik jangan sedih, ayah kan ada nie. Mama sibuk tu’. Hatinya sudah lali dengan perkataan ‘sibuk’. Sakit di hatinya makin terkumpul di hati kecilnya.
Masa berlalu tanpa disedari, si anak kecil molek ini meningkat remaja. Adiknya yang sentiasa dimanjai oleh ibunya makin menyakitkan hatinya. Sering kali dia menjadi cemuhan acap kali adiknya menangis. Apa salahnya, dia pun belum mengerti. Kadang-kadang dirasanya, ALLAH sentiasa tidak menyebelahinya. Hati remaja yang sentiasa ingin memberontak, tapi bersyukur si dia ini memberontak ke arah positif. Dia sering kali mendapatkan keputusan terbaik buat ayah dan ibunya kerana dia sentiasa mengingati pengorbanan yang diberikan oleh ibubapa kepada dia selama ini. Dengan keputusan cemerlang tersebut, dia terpilih memasuki sekolah terbaik , si dia bahagia dapat melihat ibunya mulai memberi perhatian dan kasih sayang seperti dahulu. Dengan berbekalkan semangat barunya, dia berusaha mengekalkan keputusan peperiksaan dengan harapan ibunya menyayanginya. Alhamdulillah, si dia mendapat keputusan cemerlang untuk keputusan PMR. Hatinya girang tatkala melihat senyuman si ibu. Namun, ingatkan panas di siang hari, hujan pula di petang hari. Acap kali pulang ke rumah ketika cuti semester, dirinya sentiasa dimarahi kerana sering bergaduh dengan adiknya. Si adik yang sentiasa cemburu dengan kecerdikan si kakak. Namun, seperti biasa si ibu itu sentiasa akan menyebelahi si adik . Hatinya mula tidak segirang seperti yang dirasai selama ini. Hatinya mulai terasa dengan apa yang terjadi kerana dia mula mengerti. Dirasanya si ibu memilih kasih. Tapi, si dia menyimpan di hati sahaja kerana takut itu hanyalah suntikan syaitan yang durjana. Di sekolah, senyuman sentiasa di bibir. Tiada siapa mengerti apa yang terpahat di hatinya, dia tidak pernah berani  untuk menyuarakan masalahnya. Takut akan menggangu kehidupan insan lain. Mukanya yang sentiasa disinari dengan senyuman manisnya tidak pernah menunjukkan sengsara di hati. Biarpun kadang-kadang hatinya cemburu melihat kehidupan rakan-rakannya yang lain. Cemburu melihat kemesraan di antara mereka bersama ibu masing-masing. Rakan-rakan yang lain pula cemburu dengan kekayaan yang dimiliki keluarganya, itu tidak membawa apa-apa erti buat dirinya. Hanya apa dia mahukan ialah ‘kasih sayang si ibu’. Kesedihan dan harapan berat yang diberi oleh si ayah sedikit mengganggu tumpuan pada pelajarannya. Akhirnya, si dia tidaklah mendapat keputusan cemerlang yang sentiasa diharapkan. Ayahnya kecewa apatah lagi si ibu yang mengharapkan si dia dapat menyambung pelajaran ke luar negara.Hatinya bertambah perit atas kekesalahnya tidak dapat menggembirakan hati ibubapanya. Hatinya menangis memohon pada Sang Pemilik Nyawanya agar dipermudahkan urusan dunia akhiratnya. Tidak lagi tertahan untuk menjaga perasaan sedihnya itu,segalanya diluahkan pada Maha yang Satu. Biarlah hanya ALLAH sahaja mendengar isi hatinya, dia senang begitu…

  Tidak lama kemudian, Zara berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti pilihan. Namun, dugaan sekali mencabar iman kesabaran. Ayahnya menetapkan apa yang perlu, si dia tidak berani menyuarakan pendapat, gusar jikalau ayahnya memarahi dirinya. Sebagai anak, dia menuruti kata si ayah. Redha dengan segala apa yang ditetapkan, dengan harapan mungkin terdapat hikmah dengan apa yang terjadi. Pergilah si dia membawa diri ke tempat asing yang penuh dengan duri – duri kehidupan yang mungkin akan tersangkut. Bermulalah kehidupan barunya, dengan penuh berhati-hati dan  sedikit harapan agar di saat itulah akan adanya sinar baru buat dirinya.
Di sinilah, dia mula mengenali seorang insan yang mula menyinari kehidupannya. Insan yang sentiasa memberi semangat buat diri yang kadang-kadang lemah dalam mengharungi kehidupan. Insan itulah yang akan sentiasa berada di samping dirinya biarpun di kala susah mahupun senang.  Insan yang bernama Amri. Apabila dia mengalami masalah, Amri yang akan datang menemaninya. Segala keperitan yang telah lama terpahat diluahkan pada si Amri. Kegembiraan yang telah lama hilang beransur-ansur kembali di hati. Dia kembali senyum. Senyuman yang telah lama hilang kembali menyinari kehidupannya.

  Namun, itu hanyalah sementara. Amri, seorang insan yang paling dipercayai rupanya hanyalah insan bertopengkan seribu helah. Rupa-rupanya, Amri hanyalah mendekati dirinya kerana kekayaan yang dia miliki. 

Arghhhh!!! Lelaki durjana! Tak guna kau, kau semua sama ja! 

Jerit si Zara kekecewaan. Kecewa kerana diperlakukan seperti itu. Dia duduk terkulai memikirkan nasib yang sentiasa tidak menyebelahi dirinya. Ikutkan kata hati, biarlah dia mati sahaja. Namun kerana memikirkan dia ini masih seorang Islam, dibuang jauh-jauh niatnya itu. Dia masih bersyukur kerana terdengar perbualan rakannya. 

Kalau tidaklah, 
habis aku bulat-bulat kena main ngan si jantan tak guna tu!

Nguman Zara keseorangan. Semenjak peristiwa tersebut, dia melarikan dirinya dari Amri. Lelaki yang di ‘blank list’ terus  sudah daripada hidup si Zara. Suatu hari, ketika si Zara sedang menyiapkan tugasannya di biliknya, dia disapa seseorang. Seseorang yang akan membawa sinar baru dalam dirinya. 

# Siapakah insan tersebut? Bersambung................................