Sulamilah Hariku
--Assalamualaikum--
* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') *



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: MisCikoPiko

aku dan solat
Sunday 24 June 2012 | 22:33 | 0 comments
Assalamualaikum...,

hi cik adik, cik abang, cik akak manis semua!!!
arini akak nak ajar satu benda. Benda apa?? 

" SOLAT "


'Kita umpamakan diri kita sebagai hamba Allah kepada seorang pelancong yang masuk ke dalam sesebuah negara. Syarat untuk memasuki sesebuah negara mestilah dengan menggunakan pasport dan juga visa, kalau tidak ada pasport dan visa pelancong tersebut dianggap sebagai pendatang tanpa izin. Apabila dokumen sudah diluluskan oleh pihak imegeresen, maka pelancong tersebut sudah boleh bergerak bebas dalam negara tersebut dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa negara tersebut. Jika ia melakukan kesalahan atau melanggar syarat yang ditentukan, dia boleh didakwa dan boleh juga ditamatkan masa melancongnya dengan serta merta.'

Berdasarkan perumpamaan di atas ini adalah apabila kita disahkan atau diluluskan sebagai seorang muslim dengan pasport atau visa kita iaitu syahadah, maka kita kena menta'ati segala undang-undang atau syariat yang terdapat dalam agama Islam. Jika kita gagal mematuhinya nescaya kita mengundang kemurka'an dan dosa daripada Allah swt. Bila tamat sahaja pasport dan visa yang diberikan Allah swt kepada kita iaitu mati, sudah pasti di akhirat nanti kita menghadapai satu siksa'an yang sangat dahsyat dari Allah swt serta para MalaikatNya atas segala kegagalan atau kesalahan yang telah kita lakukan. Jadi, undang-undang dalam menjadi seorang muslim adalah SOLAT.


Kita solat. solat dan solat. tapi khusyukkah kita dalam solat tersebut?Aku akui, aku pun susah nak khusyuk. Kadang-kadang tu, semua benda la nak datang waktu tu. hurm, stress kan! soalan math yg tahap high level pun kadang-kadang bole jawab macam makan kacang ja time solat.

persoalannya : camna kita nak try khusyuk dalam solat kita nie?

jawapannya   : 1) niat dalam hati ' aku solat nie ikhlas untuk ALLAH s.w.t.'
                      2) faham setiap makna bacaan solat tu! 

untuk membantu insan seperti akak nie mudah faham makna-makna bacaan solat ,so akak ada sediakan something 'special'. Apa benda nyer??

jom usya-usya~





















oke! harap-harap dapat membantu. akak nk gie lu, dah azan zuhur. jangan lewat-lewat semayang tu, tak manis ;)