Sulamilah Hariku
--Assalamualaikum--
* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') *



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: MisCikoPiko

♥ THE G.I.F.T. OF AL - FATIHAH ♥
Monday 13 February 2012 | 06:38 | 0 comments
Assalamualaikum…
;) apa kabaq ? sihat semua?? ari nie aku mau share something yg sgt2 best semalam. Semalam aku ngan 4 member lgi g satu program nie. ~ The G.I.F.T. OF AL- FATIHAH~ yang dijalankan kat INTEC, SHAH ALAM oleh UST RIDHAUDDIN. Seawal 6.30 pagi, kmi semua pun bertolak g ktm dekat UKM Bangi tuu.EXCITED nie!! Dugaan pertama, sampai ja kt sana tepat-tepat ktm tu bru ja jalan. MELEPAS!!!! terpaksa la tunggu lg 30 minit, org makin ramai la pulak….huhu, sesak! ( arie sabtu kan!) lepas 12 stesen( aku rasa la..), sampai la dekat sana pukul 9.30 pg. lewat sikit ler nampaknya….;(


;)

Program nie sbenaqnya kongsi pasal kehebatan surah AL- Fatihah. Surah yang pertama dalam kalam Al-Quran, dan juga surah pembuka pada setiap kali kita menyembah pada Sang Pemilik alam semesta ini.

1.  In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Surah yang menjadi ibu kepada surah-surah yang lain yang membawa seribu makna kepada diri manusia.

2.  Praise be to God, the Cherisher and Sustainer of the world;

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Alam semesta yang menyimpan seribu misteri. Sejuta misteri yang belum tentu dapat kita ungkaikan. ALLAH menciptakan alam semesta dan dunia ini bukanlah hanya untuk kita bersuka ria namun sebagai peringatan kepada kekuasaan ILAHI. Mungkin kita lupa, kita bongkak dan sombong untuk menyembah ALLAH. Lupa dengan segala kenikmatan yang diberi. Kita nie hanyalah manusia kerdil di mata ALLAH.

3.  Most Gracious, Most Merciful;

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ALLAH sentiasa mengutuskan cinta dan kasihnya kepada kita namun adakah kita sentiasa membalasnya atau hanya membiarkan cinta ALLAH itu bertepuk sebelah tangan? Lupa dengan kasih –NYA di saat kita berada di gelombang kenikmatan dan hanya membalas cinta-NYA bila kita ditimpa susah? Kita sangat kurang ajar pada PENCIPTA kita sendiri! Malulah pada ALLAH yang sentiasa memberi biarpun kita sering lupa membalas cintanya.



4.  Master of the Day of Judgment.

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Setiap permulaan ada pengakhirannya. Setiap yang hidup akan dicabut nyawanya. Kita lalai, kita lupa pada Sang PEMILIK nyawa kita. Kita menyombong dengan segala nikmat diberi, kita ketawa dan bangga dengan dosa-dosa yang menimbun. Kata kita ‘ bila tua nti, aku bertaubat lah!’. Yakin kah nyawa kita bertahan hingga saat itu? ALLAH tidak perlu meminta izin pada hamba yang kerdil ini untuk mengambil nyawanya namun kitalah yang perlu sentiasa memohon taubat atas kesalahan diri yang tidak pernah berhenti. Jangan pernah berhenti memohon pada ILAHI agar kita semua diberikan penghujung kehidupan yang baik.


5.  Thee do we worship, and Thine aid we seek.

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Jangan pernah berhenti memohon pada ILAHI agar kita semua diberikan penghujung kehidupan yang baik. Jangan pernah memberi alasan bila hendak berubah. Jangan pernah mencari jalan untuk membuat dosa. ALLAH tidak pernah tidak menunaikan apa yang kita mohon, cuma masa yang menentukan saat permintaan itu ditunaikan. Janganlah kita sesekali berprasangka buruk dengan ALLAH. Lambat atau cepat doa kita dimakbulkan tentu ada sebab hikmahnya tersendiri. Mungkin kita tidak bersedia lagi dan ALLAH telah menyediakan ‘surprise’ untuk kita. Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui apa terbaik untuk diri kita.


6.  Show us the straight way,

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Setiap jalan yang kita lalui, sentiasa diberikan dua pilihan; ya atau tidak. Kita tak tahu penghujungnya.Setiap kehidupan ada liku-likunya,ada susah payahnya. Kita manusia lemah. Hanya mampu berdoa agar kita diberikan petunjuk dan hidayah.Sabar melalui kehidupan. Bukan hanya menungggu tpi menCARI hidayah ALLAH. Tiada siapa dapat mengubah diri selain diri sendiri sahaja beserta izin ALLAH! Jangan kita malu untuk berubah tapi MALU kerana sombong pada ALLAH.

7.  The way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace,
     those whose (portion) is not wrath, and who go not astray


Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. Bentangkanlah kepada kami jalan yang benar dan letakkanlah kami di kalangan orang-orang yang beriman kepada MU, ya ALLAH.Amin……

Alhamdulillah, inilah yang dpt aku simpulkan dari program yg aku pergi semalam. Biarpun sehari ja, tpi padat dan mampat dengan ilmu baru .Setiap kali sesi ceramah program ini d'jalankan, setiap 3 kali jugaklah surah AL-Fatihah ni dipedengarkan. Tetiba hati nie jadi sebak... Teringat perkara2 yang dah buat dulu, mcm2 ada..nyaris2 nak terjatuh tpi alhamdulillah, msih terjaga hatiku untuk mu Ya ALLAH. Cuma kadang2 teruji dengan kenangan dulu, tpi kena kuat untuk cuma pendamkan kat hati. Mungkin kita lemah dlm cubaan, tpi tak salah kita mencuba. Biarpun sakit di dalam, tpi kuatkan hati untuk senyum pd hari yang baru ;)
  
Bak kata sahabat ini;

‘Jalan mnmpuh ke syurga mmg pyh,brliku2 byk hlgn,prlu brsusah pyh dhulu tapi syurga itu lah gnjrn paling besar Allah kpd mukmin skalian...Jalan mnmpuh ke neraka pula sgt sng,tak prlu buat apa2 yg mgikut syarak dn sunnah tapi neraka itu sndiri blsn dn azab yg amat besar dari Allah untuk org2 kafir dn munafik...Jadi,yg mana kamu pilih wahai rkn2,shbt2 ku skalian? fikirkn lah~Jgn cari alsn untuk brubah,insaf lah dn brtaubat lah slagi masa dn nyawa msih ada,slagi roh tak trpisah dgan bdn,slagi tak dipggil Allah...Kepada  yg dh brubah ke arh kbaikn,alhamdulillah..namun,yg brubah ke arh kburukn,insaf la sgera..sntiasa brusaha dn brdoa untuk mnjadi yg lbih baik drpd sblum ni..sdar lah,masa smakin suntuk~Tnm kn lah smgt cinta kn Allah dn Rasul Allah,dn buang lah sifat2 syaitan dlm diri kamu itu..brkorban lah untuk kpuasan dn nikmat tak trhingga di akhirat nnti,bkan mnjadi hamba dunia ini...Semat kn nilai2 Islam ktika dlm dn luar solat..brpegang lah dgan alQuran dn alSunnah serta amlkn dlm hidup sbagai org muslim...Berani lah untuk mnonjolkn diri dlm brdakwah dn mnyebarkn ajrn,sntiasa brsbr dlm stiap ujian2 Allah..brsyukur dn brterima kasih lah pada Allah ats sgala nikmat rezeki,jgn jadi kurang ajar!’

# semalam aku terkena ‘panggilan hangit’ kt program tu. huhu, sesangat malu! pandai en. pak guard tu berlakon kan! nyaris2 nak jatuh jantung semalam.tkuttttt…..tpi, best dpt hadiah nie. (comei ja adiahnya tpi kenangan yang pling sweet~~~)




doAkAN ku yer.......:p

coretanku,

CIKOPIKO