Sulamilah Hariku
--Assalamualaikum--
* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') *



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: MisCikoPiko

ahlan wasahlan 2012!!
Sunday 1 January 2012 | 20:51 | 0 comments
ASSALAMUALAIKUM…


tahun baru? apa yang nak buat yerr? atau sedang kalut gi ‘SALE’  yang bagi potongan giler waktu ini?

  Untung memang untung dapat beli barang dengan harga murah tapi rugilah niat di hati jika tunggu sale sahaja untuk tahun baru nie. Selitlah sekali dengan niat dan azam baru taw!
Bagi saya, tahun baru adalah tahun untuk saya ‘UPDATE’kan segala kekurangan yang ada di dalam diri saya. Badan kita ni pun macam komponen computer juga. Kadang-kadang komponen itu terkena virus-virus yang tak diundang atau yang terundang dengan sendirinya. Jadi kita kena la update ANTIVIRUS yang lagi kuat untuk tahun baru nie. Dan bagi perkara-perkara yang kita lakukan tahun-tahun lepas, ambillah sebagai pengajaran dan jadikan sebagai penanda ukur bila kita hendak lakukan sesuatu kelak. ‘Jom DELETE dosa. UPLOAD pahala. DOWNLOAD kesabaran. UPGRADE keimanan. BROWSING kebaikan. UPDATE amalan. SHUTDOWN permusuhan. RESTART persaudaraan. Selalu ONLINEkan hati kita di jln menuju kebaikan. Awas !! antiVIRUS syaitan supaya SOFTWARE hati dan jiwa kita menjadi tenang dan FREE kemaksiatan’ :)
Amatlah rugi buat kita semua menjelang tahun baru, 2012 jika tiada satu apa pun kata-kata azimat kepada diri sendiri untuk kita berubah. Biarpun diri kita telah melakukan banyak perkara yang melalaikan dulu, berilah peluang untuk diri kita melangkah ke hadapan dalam melakukan suatu perubahan. Yang BURUK ubah jadi CANTIK, yang negatif jadikan positif.  Cintailah diri kita, take care dengan hati, sayang pada kita, begitu juga jiwa kita. Ibarat seperti menanam bunga, begitulah diri kita. Semakin dibaja dan disirami dengan kasih sayang kita pada – NYA, semakin mekar dan cantik jiwa dan akhlak terbentuk.
Apa yang kita sudah lakukan? jom sama-sama kita ‘SCAN’ amalan kita. Saya hanyalah insan dan hamba yang lemah, terlalu banyak perkara yang melalaikan yang saya lakukan. Saya mengaku, iman saya hanyalah senipis kulit bawang sahaja. saya lemah. saya lupa. Tapi, saya cuba! Cuba untuk bangun. Cuba menahan diri. Cuba jaga hati.Walaupun godaan syaitan itu  kadang-kala menyebabkan saya alpa, tewas dan jatuh. Saya bangkit! Itulah saya dahulu. Anda? Bila lagi? jom kita katakan sayonara jahiliah, welcome to our new ‘azam’..


Masih banyak lagi perkara-perkara dan pengalaman baru yang menanti. Bersediakah dan kuatkah diri kita? Tepuk dada,Tanya iman. Anda tentunya tahu jawapan yang menanti kan. Hanya kita yang dapat mengubah diri kita..katakanlah SAYA MAMPU!!!!!!!!! ( jangan kita berazam jer, bertindak jangan lupa pulak yerr , biar lambat asalkan kita buat..)

♫♫♫♫♫♫♫♫
Prinsip ABC
Ambil yang baik
Buang yang buruk
Ciptakan yang baru
♫♫♫♫♫♫♫♫
coretanku,
CIKOPIKO