Sulamilah Hariku
--Assalamualaikum--
* MisCiko.Gadis biasa.Tiada yang istimewa buat diri ini.Bertatih mencari redha Ilahi bukannya pada manusia.Senyumlah diri ini biarpun duka yang tiba, pahit yang menyusul.kerana aku percaya,Allah sentiasa ada =') *



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: MisCikoPiko

alhamdulillah~ SATU TITIK PERMULAAN~
Friday 23 September 2011 | 11:25 | 4 comments
Assalamualaikum,



'SATU TITIK PERMULAAN'

''Ku mohon padaMu agar ENGKAU memudahkan segala perjalananku dan perjuanganku.ENGKAU kuatkanlah hatiku dari segala bala rintangan yang menimpa diriku agar ku tidak akan mudah tumbang seperti dahulu lagi. Kerana bermulanya malam ini akan ku jadikan sebagai satu titik permulaan agar ku tidak lagi terlambat dalam pencarianku mencariMU. Ku mohon agar ampunilah segala dosa silamku di saat ku jatuh dalam perangkap bayangan lalaian syaitan yang tidak pernah lupa untuk melalaikan kaum Adam dan Hawa. Ku harap masih ada ruang untukku dalam pencarianku menjadi sebahagian hambaMu yang sentiasa di-redhaiMu.Ku harap bermulanya jalan yang ku pilih ini akan membawaku lebih dekat dengan Mu, insyaALLAH.''

~ alhamdulillah, TERIMA KASIH padaMu kerana telah membuka jalan baru yang telah lama ku harapkan dariMU~


'thanx to all my frenz that bring me together in ur journey to find the truth meaning of life.' 

' maafkan aku ya ALLAH jikalau ada di saat aku lalai dalam mengingatkan diriku padaMU'

~ kata hati yang terbuku buat sekian lama yang sudah terbuka untuk sekiannya~